Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

115) AGAMA DAN BUDAYA

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah kerajaan tidak berhasrat untuk mendirikan sebuah pusat kefahaman dan kebudayaan Islam Cina bagi memberi kefahaman Islam yang betul kepada khalayak bukan Melayu, dan jika ada di manakah lokasinya dan berapakah anggaran kosnya?

    Setakat ini masih belum ada cadangan dari Kerajaan untuk mendirikan sebuah pusat kefahaman dan kebudayaan Islam yang spesifik untuk mana-mana bangsa.

  2. Apakah inisiatif agresif kerajaan untuk menyemarakkan dakwah dan pengajian Islam di kalangan masyarakat pinggir bandar dan kampung?

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Agama Islam Selangor telah merancang serta melaksanakan usaha menyemarakkan dakwah dan pengajian Islam di kalangan masyarakat pinggir Bandar dan kampung, di antara usaha-usaha yang dilaksanakan adalah melalui :

    1. Memperluaskan program dakwah ke pelbagai peringkat masyarakat dan akar umbi.

    Bagi memastikan aktiviti dakwah dan pengajian Islam dapat disampaikan dan dilaksanakan dengan menyeluruh sehingga ke peringkat akar umbi terutama di kalangan masyarakat pinggir Bandar dan kampung, Bahagian Dakwah JAIS telah menggariskan perancangan aktiviti dakwah Negeri

    Selangor yang lebih holistik   melalui Pelan Tindakan Strategik Dakwah

    JAIS 2013- 2017 yang memfokuskan sasaran berikut :-

    • Kelompok kanak-kanak  , remaja dan golongan  remaja kurang upaya
    • Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam, Swasta
    • Kelompok Belia Dan Beliawanis
    • Pekerja Dan Kakitangan Warga Industri
    • Dakwah melalui laman maya dan media sosial
    • Muslimat dan kalangan warga emas
    • Program dakwah di Pusat Tahanan, perlindungan dan penjagaan
    • Program Memperkasa Akidah Ummah
    1. Memperluas program Smart Solat dan Daurah Remaja Islam di 30 buah masjid yang berbeza setiap tahun agar anak-anak di pelusuk kampung dan pinggir Bandar termasuk di masjid-masjid yang kurang berkemampuan dari aspek kewangan.
    2. Bekerjasama dengan Sektor Pembangunan Sosial MAIS dan bekerjasama dengan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGO) dalam menganjurkan program dakwah contohnya diperkampungan orang asli
    3. Memperkasa dan memperbanyakkan program pengimarahan seluruh masjid dan surau di Negeri Selangor. Langkah ini di buat melalui aktiviti berikut :
    4. Kelas Takmir ii. Kelas Pengajian Muslimat iii.   Kuliah Pengajian Berkitab iv. Kursus jangka pendek v.    Karnival Sukan Masjid
    5. Program Penjelasan Isu Semasa Dari Masjid Ke Masjid
    6. Menerbit dan mengedar bahan ilmiah bercetak dan membuat edaran secara menyeluruh, antaranya penerbitan : Penerbitan Buletin Dakwah ii. Penerbitan pamphlet Isu-isu semasa iii. Penerbitan Buku-Buku Semi Ilmiah iv. Penerbitan Pek Bersiri Ilmiah
    7. Memperbanyakkan program dakwah santai untuk para remaja dan belia di tempat-tempat terbuka untuk lebih mendekati remaja dan belia yang kurang berminat ke masjid. Contohnya Program Santai Belia Bersama Selebriti Dan Artis Hijrah, Program Forum Santai Warga Industri dan aktiviti kemasyarakatan bersama penduduk dan program-program pembangunan jati diri cemerlang bersama belia-belia kariah.
    8. Melaksanakan program rehlah rohani, kem motivasi, Explorasi Rohani, Kem Jiwa Taqwa, Kem Pemantapan ibadah dan Kem Smart Akidah bersama pelajar-pelajar sekolah pinggir bandar yang dikenalpasti mempunyai masalah disiplin pelajar dan masalah akademik.

Lampiran

Tiada Lampiran.