Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
113) MASALAH TANAH DI BAGAN SEKINCHAN
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan status terkini proses kelulusan permohonan pewartaan tanah lorong 6 hingga lorong 12 Bagan Sekinchan ?
Pembatalan Warta Kerajaan di kawasan Bagan Sekinchan, Pekan Sekinchan Daerah Sabak Bernam seluas lebih kurang 77 ekar telah diluluskan oleh MMKN pada 4 April 2011.
Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam telah mengemukakan Permintaan Ukur ke Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) untuk tindakan pengeluaran pelan warta pada 23 November 2011.
-
Sila nyatakan apakah kekangan dan permasalahan yang dihadapi oleh pihak Kerajaan sehingga terpaksa mengambil masa yang begitu panjang untuk meluluskan permohonan tanah tersebut ?
Pentadbir Tanah Daerah Sabak Bernam masih dalam proses untuk
mendapatkan pelan warta daripada Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) untuk dikemukakan kepada PTG.
-
Sila nyatakan kapan permohonan kelulusan pemberimilikan secara pelupusan tanah tersebut dapat dijalankan ?
Kertas Ringkasan akan dikemukakan ke PTG setelah mendapat pelan warta dari JUPEM bagi pembatalan dan penggantian tanah berkenaan.