Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

106) PEMBAIKAN DAN PENURAPAN SEMULA JALAN

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lee Chin Cheh

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah panjang atau keluasan permukaan jalan yang telah diturap semula oleh Kerajaan Negeri dan setiap Kerajaan Tempatan dalam tahun 2012 dan jumlah yang telah dibiayai untuk kerja-kerja penurapan semula?

    Panjang jalan yang telah diturap pada tahun 2012 oleh syarikat konsesi KPSHCM Sdn Bhd untuk jalan-jalan JKR adalah seperti berikut:

    Jumlah panjang: 19.74 km

    Kos dibiayai: RM6, 828, 448.20

  2. Berapakah panjang atau keluasan permukaan jalan yang telah ditampal oleh Kerajaan Negeri dan setiap Kerajaan Tempatan dalam tahun 2012 dan jumlah yang telah dibiayai untuk kerja-kerja penampalan?

    Bagi kerja-kerja penampalan jalan pula, pihak konsesi telah menampal jalanjalan JKR seperti berikut:

    Keluasan (m2) = 38,534.75m2

    Kos dibiayai = RM7,785,000.00

  3. Apakan faktor-faktor yang diambil kira oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan- Kerajaan Tempatan untuk menentukan sama ada jalan berkenaan perlu ditampal atau diturap semula?

    Faktor-faktor yang diambil kira bagi menentukan sama ada jalan berkenaan perlu ditampal atau diturap semula adalah berdasarkan kepada faktor-faktor berikut:

    Menampal jalan (pothole patching):

    • Kerja penampalan jalan dilaksanakan bagi lubang yang berukuran garis pusat tidak kurang 200mm dan tidak melebihi 1000mm dengan kedalaman tidak kurang 25mm.
    • Manakala lubang yang lebih besar berpunca daripada kelemahan struktur pavemen akan dirawat di bawah program penyenggaraan berkala.
    • Atas sebab keselamatan pengguna jalan raya, potholes (lubang) di atas jalan raya perlu ditampal dalam masa 24jam.

    Menurap jalan:

    i) Faktor Struktur Pavemen

    • Keadaan struktur jalan lemah dan tidak dapat menampung isipadu trafik yang semakin meningkat.
    • Tempoh jangka hayat jalan melebihi 20 tahun. o Berdasarkan hasil penilaian turapan ‘pavement evaluation’

    ii) Faktor Keselamatan

    • Keadaan geometri jalan yang substandard sama ada dari segi horizontal aligment , vertical aligment dan sebagainya serta mengundang bahaya kepada pengguna jalan.

Lampiran

Tiada Lampiran.