Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

101) PERUNTUKAN UNTUK JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN (JPS)

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan berapa peruntukan yang disalurkan kepada JPS di setiap daerah pada tahun 2012 dan 2013.

    Peruntukan Pembangunan (Negeri)

    DAERAH 2012 2013
    GOMBAK RM 2,800,000.00 RM 3,000,000.00
    PETALING RM 1,900,000.00 RM 3,750,000.00
    KLANG RM 7,100,000.00 RM 3,150,000.00
    SEPANG RM 3,449,980.00 RM 1,950,000.00
    HULU LANGAT RM 8,200,000.00 RM 4,000,000.00
    HULU SELANGOR RM 1,700,000.00 RM 800,000.00
    KUALA LANGAT RM 5,350,000.00 RM 2,050,000.00
    KUALA SELANGOR RM 2,748,460.00 RM 2,350,000.00
    SABAK BERNAM RM 4,550,000.00 RM 3,616,000.00
    JUMLAH RM 37,798,440.00 RM 24,666,000.00
    • Peruntukan Pembangunan (Persekutuan) *merangkumi semua daerah.
    PERUNTUKAN 2012 2013
    NRE RM 10,675,478.30 RM2,327,665.80
    MOA RM 2,506,700.00 RM 140,000.00
    PROJEK KHAS RM 7,465,541.91 RM 2,088,200.00
    ICU RM 1,000,000.00
    JUMLAH RM 21,647,720.20 RM 4,555,865.80
    • Peruntukan Mengurus (Negeri)
    DAERAH 2012 2013
    GOMBAK RM 3,392,400.00 RM 2,989,590.00
    PETALING RM 3,479,200.00 RM 2,896,674.32
    KLANG RM 6,181,574.56 RM 4,023,633.30
    SEPANG RM 4,492,971.78 RM 3,072,092.62
    HULU LANGAT RM 5,757,789.68 RM 2,511,680.00
    HULU SELANGOR RM 1,983,610.00 RM 1,780,210.00
    KUALA LANGAT RM 7,128,294.00 RM 4,017,181.78
    KUALA SELANGOR RM 14,171,803.50 RM 10,579,016.60
    SABAK BERNAM RM 11,222,650.89 RM 8,488,473.18
    JUMLAH RM 57,810,294.41 RM 40,358,551.80
  2. Sila senaraikan projek yang telah siap dan kosnya oleh JPS di DUN Kinrara pada 2008 hingga 2012.

    Sekitar tahun 2008 hingga tahun 2012, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor telah menjalankan dan menyiapkan satu projek penstabilan dan pengukuhan tebing parit berhampiran Pintu Kawalan Air Kampung Sungai Baru, Daerah Petaling. Projek tersebut dilaksanakan bertujuan untuk membaikpulih dan menstabilkan tebing parit yang terhakis akibat dari berlakunya mendapan tanah di sepanjang parit. Kos sebanyak RM 418,625.00 telah dibelanjakan bagi menampung perbelanjaan projek tersebut.

  3. Sila nyatakan apakah rancangan JPS bagi DUN Kinrara dalam masa 5 tahun akan datang

    Untuk tempoh 5 tahun akan datang, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor merancang untuk melaksanakan kerja-kerja penstabilan dan pengukuhan tebing sungai di Kampung Sungai Baru, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan. Sehubungan dengan itu, kerja-kerja penstabilan tebing tersebut akan menggunapakai rekabentuk yang sesuai di mana rekabentuk tebing tersebut disediakan oleh Bahagian Khidmat Pakar, JPS Malaysia.

Lampiran

Tiada Lampiran.