Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
73) KEMPEN TANPA BEG PLASTIK DAN TANPA PERALATAN POLISTERIN
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa banyak pasaraya yang telah menyertai kempen tiada beg plastik dan peralatan polisterin setiap hari Sabtu sehingga sekarang?
Pada hari ini, Kerajaan Negeri telah berjaya mendapatkan penglibatan hampir 100 peruncit di seluruh Negeri Selangor termasuk syarikat-syarikat besar yang mempunyai rangkaian cawangan di seluruh negeri, pusat membeli-belah, kedaikedai secara individu dan juga restoran-restoran. Di antara pusat membeli-belah yang terlibat adalah Giant Hypermarket, AEON Shopping Centre, Tropicana City Mall dan Tesco.
-
Berapa banyak yang telah diperuntukkan untuk kempen ini dan senaraikan aktiviti-aktiviti yang telah diadakan serta setiap satu perbelanjaannya sejak kempen ini bermula?
Kerajaan Negeri telah memperuntukkan hampir RM400,000.00 bagi memastikan Kempen ‘Hari Tanpa Beg Plastik’ ini mencapai matlamat yang telah dirancang. Kerajaan Negeri juga turut mengadakan kempen kesedaran secara berterusan bagi memastikan masyarakat setempat memahami kesan-kesan dan tanggungjawab mereka dalam penjagaan alam sekitar yang mampan. Antara usaha-usaha yang dilakukan bagi memastikan objektif kempen tercapai seperti mengadakan “roadshow” di kalangan masyarakat setempat dalam mempromosikan kempen tanpa beg plastik dengan menggalakkan masyarakat membawa beg sendiri ke pasaraya.