Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

59) PEMBERDAYAAN WANITA

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bilakah Tabung Pemberdayaan Wanita Selangor dengan peruntukan RM50 juta akan dimulakan?

    Kerajaan Negeri telah membuat satu Pelan Tindakan Wanita Selangor 20132018 dan telah memfokuskan 12 bidang utama. Peruntukan bagi menjayakan 12 bidang utama ini dianggarkan memerlukan perbelanjaan sebanyak RM 10 juta setahun. Peruntukan bagi pemberdayaan Wanita ini akan dimulakan pada tahun 2014.

  2. Apakah strategi bagi meluas dan melebarkan program-program Skim Mikrokredit?

    Jawapan adalah terbahagi kepada tiga bahagian:

    i) Skim Mikrokredit Selangor (SKIMSEL)

    Strategi SKIMSEL bagi meluas dan melebar program adalah melalui Pelan Tindakan Strategik (PTS) di peringkat cawangan dan blok/mukim. Setiap Cawangan akan mempunyai 5 hingga 7 blok/mukim yang diselia oleh Pegawai Operasi (PO). Setiap Pegawai Operasi dipertanggungjawabkan untuk menyelia 300 hingga 350 orang sadiq.

    Setiap PO kini bergerak mengikut PTS masing-masing. Untuk mencapai sasaran 300-350 sadiq tersebut, PO perlu mengenal pasti isirumah miskin berdasarkan indeks rumah yang di kategori sebagai indeks buruh, sederhana dan moden. Indeks rumah yang menjadi sasaran adalah buruk dan sederhana. PO akan melaksanakan Bancian Kelayakan di rumahrumah yang telah disasarkan. Selain itu, PO juga melaksanakan taklimat ceramah serta sesi penerangan kepada penduduk kampung dengan kerjasama Ketua Kampung, Penghulu dan Kepimpinan Masyarakat.

  3. Bilakah kemudahan nurseri dan tadika di bangunan kerajaan akan dimulakan?

Lampiran

Tiada Lampiran.