Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

39) PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PENGURUSAN SAMPAH)

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah bentuk rancangan kerajaan bagi meningkatkan pengurusan kutipan dan pelupusan sampah yang lebih berkesan dalam jangka pendek dan jangka panjang?

    Kerajaan Negeri melalui PBT sentiasa memandang serius mengenai masalah sampah. Sehubungan itu pelbagai rancangan telah dikenalpasti supaya kecekapan pengurusan kutipan sampah dan pelupusan sampah dapat ditingkatkan. Antara contoh rancangan jangka pendek yang telah dijalankan ialah PBT membuat pemantauan bulanan (Unit Tindakan Khas / Unit Flying Squad) bagi memastikan perkhidmatan kutipan dan pelupusan sampah dilaksanakan dengan teratur. Menyediakan pasukan khas ‘in-house’ bagi membuat kerja backup di kawasan kontraktor yang gagal memberikan perkhidmatan dengan baik, menyediakan logistik secara ‘in-house’ dan membuat rondaan di kawasan kontraktor kerja bagi membantu mengutip sampah yang dibuang oleh penduduk terutama di kawasan perniagaan dan membuat penambahan tong sampah di kawasan pusat bandar.

    Manakala rancangan jangka panjang yang telah dijalankan oleh PBT ialah mempertingkatkan “Kempen Kitar Semula” bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan menjaga alam sekitar. Contohnya di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), mereka sentiasa meningkatkan dan menggalakkan Program ‘3R’ (reuse, reduce, recycle) kepada semua pihak di semua peringkat punca bagi mengurangkan pembuangan sisa pepejal. Selain itu, ada PBT yang telah menambah jadual kutipan sampah saripada satu (1) kali sehari kepada dua (2) kali sehari di kawasan perniagaan contohnya di Majlis Perbandaran Klang (MPK).

  2. Apakah program yang telah dijalankan oleh kerajaan dalam mengurangkan kadar jenayah di setiap Pihak Berkuasa Tempatan dalam tempoh 2008-2013, b) Program-program yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri dalam mengurangkan kadar jenayah di setiap Pihak Berkuasa Tempatan dalam tempoh 2008 – 2013 adalah seperti di Lampiran 1. Lampiran 1 BIL PBT PROGRAM YANG DIJALANKAN 1. MBSA a. NKRA Bandar Selamat : Penyediaan 4 Langkah Segera di bawah peruntukan JPBD Semenanjung Malaysia (Persekutuan) sebanyak RM2.1 Juta iaitu : i. Pengasingan Pejalan Kaki dan Rel Penghadang ii. Pencahayaan iii. Pemasangan Papan tanda Amaran Jenayah iv. Pemasangan Cermin Keselamatan b. Projek Pemasangan CCTV di bawah peruntukan Negeri Selangor i. 50 unit CCTV dan sejauh mana keberkesanannya, dan bagaimana penerusan program tersebut akan dijalankan?

    Program-program yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri dalam mengurangkan kadar jenayah di  setiap Pihak Berkuasa Tempatan dalam tempoh 2008 – 2013 adalah seperti di Lampiran 1.

    Lampiran 1

    BIL PBT PROGRAM YANG DIJALANKAN
    1. MBSA a.    NKRA Bandar Selamat : Penyediaan 4 Langkah  Segera di bawah peruntukan JPBD Semenanjung Malaysia (Persekutuan) sebanyak RM2.1 Juta iaitu : i. Pengasingan Pejalan Kaki dan Rel

    Penghadang ii.      Pencahayaan

    iii. Pemasangan Papan tanda Amaran Jenayah iv. Pemasangan Cermin Keselamatan

    b.    Projek Pemasangan CCTV di bawah peruntukan Negeri Selangor

    i.      50 unit CCTV

    2. MBPJ a.    Pelaksanaan 5 langkah segera meliputi projek – projek berikut:

    i.     Pencahayaan

    ii.    Pengasingan laluan pejalan kaki dari laluan bermotor iii.      Cermin Keselamatan

    iv.           Pemasangan papan tanda peringatan jenayah

    v.            Tempat letak motosikal berkunci (dikawasan perniagaan dan kawasan rumah pangsa kos rendah)

    b.    Pasukan Keselamatan Kejiranan Petaling Jaya (PKKPJ) ditubuhkan di kawasan Petaling Jayadi mana  RM5,000 diberikan sebagai elaun kepada setiap pasukan.

    c.    Rukun Tetangga dan persatuan penduduk perlu mendaftar dengan MBPJ, polis dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Selangor.

    d.    MBPJ giat menjalankan aktiviti Publisiti dan Promosi bersama Persatuan Penduduk dan Rukun Tetangga dengan mengadakan pameran dan taklimat bersama pihak PDRM mengenai kepentingan menjaga keselamatan.

    3. MPK a.    Majlis Perbandaran Klang bekerjasama dengan IPD Klang (Utara & Selatan) dengan mengenal pasti lokasi hotspot jenayah dan pemasangan 5 langkah segera (pencahayaan, pengasingan laluan pejalan kaki dari laluan bermotor, cermin keselamatan, papan tanda dan tempat letak motosikal berkunci);

    b.    Hebahan program bandar selamat melalui pameran dan risalah; dan

    c.    Pemasangan CCTV menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri di kawasan hotspot

    4. MPSJ Program-program yang dilaksanakan di bawah Jawatankuasa Bandar Selamat adalah seperti berikut

    :

    i)   Pengasingan lorong pejalan kaki

    ii)  Pencahayaan iii)     Cermin Keselamatan iv)            Papan tanda cegah jenayah

    v)         Tempat letak motorsikal berkunci

    5. MPAJ Lima (5) Langkah Program Bandar Selamat untuk dilaksanakan di MPAJ adalah: a) Pencahayaan

    b)  Rel Pengadang

    c)  Cermin keselamatan

    d)  Tempat letak motor berkunci

    e)  Papan tanda peringatan/amaran

    6. MPS a. Program-program  yang diberi keutamaan melibatkan 6 langkah iaitu :-

    i.    Pencahayaan

    ii.  Menyediakan rel penghadang/ pengasingan laluan pejalan kaki iii. Pemasangan tempat letak motosikal berkunci iv.     Pemasangan cermin Keselamatan

    v.  Pemasangan papan tanda pencegahan jenayah vi.     Pemasangan CCTV

    7. MPSepang a. Jawatankuasa Program Bandar Selamat Majlis Perbandaran Sepang, lima (5) langkah yang akan dan sedang dilaksanakan oleh Majlis adalah seperti berikut :

    i.     Pencahayaan ;

    ii.    Pengasingan laluan pejalan kaki dari laluan bermotor ; iii.      Penyediaan tempat letak motosikal berkunci ;

    iv.  Penyediaan dan pemasangan papan tanda peringatan jenayah ; v.      Penyediaan dan pemasangan cermin keselamatan

    8. MPKj Melaksanakan 5 langkah utama Program

    Bandar Selamat iaitu pencahayaan, pengasingan laluan pejalan kaki, cermin keselamatan, papan tanda dan tempat letak motosikal berkawal di 48 lokasi hotspot jenayah yang dikenalpasti oleh IPD

    Kajang

    9. MDKL a.    Menjalankan projek-projek pemasangan elemen pencegahan jenayah seperti pemasangan cermin keselamatan, pemasangan rel penghadang, pencahayaan di tempat-tepat cenderung berlaku jenayah, pemasangan papan tanda peringatan jenayah dan lain-lain

    b.    Program sosial seperti kesedaran pihak awam dalam membanteras jenayah seperti ceramah, pengawasan kejiranan, Kepolisan Masyarakat dan lain-lain.

     

    10. MDHS a. MDHS melalui Jawatankuasa Pembangunan Mampan dan Bandar Selamat menjalankan 4 langkah segera bagi mengurangkan kadar jenayah jalanan di dalam Daerah Hulu Selangor. Antara langkah-langkah yang terlibat adalah :-

    i.   Pengasingan laluan pejalan kaki dengan kenderaan bermotor ii.     Penyediaan cermin keselamatan di kawasan terlindung iii.     Pemasangan papan tanda peringatan jenayah iv.     Pemasangan tempat letak motosikal.

    Berikut adalah kawasan-kawasan yang terlibat di dalam pelaksanaan Program Bandar Selamat:

    a.    Bandar Utama Batang Kali -Penyediaan laluan pejalan kaki dan rel pengadang sepanjang 840 meter.

    –       Pemasangan papan tanda peringatan jenayah.

    b.    Bandar Kuala Kubu Baharu – Penyediaan laluan pejalan kaki dan rel pengadang sepanjang 260 meter.

    –       Pemasangan papan tanda peringatan jenayah.

    –       Pemasangan tempat letak motosikal berkunci.

    c.    Bukit Beruntung – Penyediaan laluan pejalan kaki dan rel (Taman Bunga Raya) pengadang sepanjang 190 meter.

    11. MDKS Langkah–langkah Program Bandar Selamat bagi mengurangkan kadar jenayah di Kawasan Majlis

    Daerah Kuala Selangor adalah seperti berikut:-

    i. Pengasingan laluan pejalan kaki dari laluan bermotor ii. Pencahayaan iii. Cermin Keselamatan

    iv. Pemasangan tempat letak motosikal berkunci v. Papan tanda peringatan jenayah

    12. MDSB Program yang telah dilaksanakan dibawa Jawatankuasa Bandar Selamat ialah : i    Pencahayaan

    ii    Pengasingan laluan pejalan kaki darilaluan bermotor

    iii   Rel penghadang jalan

    iv   Papantanda pencegahan jenayah dan;v   Cermin keselamatan.

    ***sumber: Semua Pihak Berkuasa Tempatan

     

Lampiran

Tiada Lampiran.