Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

38) WIFI PERCUMA

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Lee Chin Cheh

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah kawasan "hot spot" Wifi Percuma telah ditambah dalam tahun 2012?

    Sehingga kini bilangan hot spot WiFi yang telah bermula pada 2010 adalah sebanyak 118 lokasi. Ia meliputi keseluruhan Negeri Selangor baik di bandar mahupun di luar bandar kerana pada tahun 2012 Kerajaan Negeri Selangor baik di bandar mahupun di luar bandar kerana pada tahun 2012 Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak 2 lokasi setiap DUN. Kerajaan Negeri juga sedang dalam merancang untuk menambahkan lagi bilangan hot spot WiFi setiap DUN bagi meluaskan lagi kawasan liputan perkhidmatan WiFi percuma.

    Bahagian Teknologi Maklumat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Bahagian Teknologi Maklumat PBT adalah badan yang akan memantau perlaksanaan WiFi percuma ini.

  2. Berapakah jumlah wang telah dibiayai oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam penyediaan Wifi Percuma dalam tahun 2012?

    1. Kerajaan Negeri telah menyediakan perkhidmatan WiFi percuma ini bermula pada tahun 2010 secara berperingkat. Jumlah keseluruhan yang telah dibelanjakan mengikut syarikat yang telibat adalah seperti jadual berikut.
    Tahun 2010 – 2012
    Bil Lokasi Kos Setahun Kos

    Keseluruhan

    Syarikat        yang

    Terlibat

    1 Dataran Shah  Alam RM 18,000.00 RM 54,000.00 JARING

    Communications Sdn Bhd

    2 Kompleks Shah Alam PKNS RM 18,000.00 RM 54,000.00 JARING

    Communications Sdn Bhd

    3 Seksyen       2 Alam Shah RM 18,000.00 RM 54,000.00 JARING

    Communications Sdn Bhd

    4 Seksyen       3 Alam Shah RM 18,000.00 RM 54,000.00 JARING

    Communications Sdn Bhd

    5 Seksyen       9 Alam Shah RM 18,000.00 RM 54,000.00 JARING

    Communications Sdn Bhd

    6 Kuala Kubu Bharu, Hukul Selangor RM 18,000.00 RM 54,000.00 JARING

    Communications Sdn Bhd

    Tahun 2012
    7 112 Lokasi (56 DUN x 2 Lokasi)   RM 248,741.67 (9.05% drpd

    2,747,959.86)

    Extol

    Corporation (M) Sdn Bhd

      Jumlah                  Kos

    Keseluruhan

      RM 572,741,67  
  3. Sama ada perkhidmatan Wifi Percuma telah diswastakan dan sekiranya benar, apakah syarat-syarat utama dalam perjanjian penswastaan? Memohon Kerajaan Negeri membentangkan perjanjian itu jika wujud.

Lampiran

Tiada Lampiran.