Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

30) CUTI BERSALIN 90 HARI DAN 14 HARI

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan jumlah kaki tangan yang telah meluluskan cuti bersalin 90 hari dan 14 hari mengikut pecahan Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri Selangor bagi tahun 2008-2013.

    Kemudahan Cuti Bersalin selama 90 hari bagi pegawai wanita dan 14 hari bagi pegawai lelaki (menyambut kelahiran cahaya mata) masih dilaksanakan dan diterima baik oleh anggota yang berkhidmat di Jabatan / Agensi Kerajaan Negeri Selangor. Berdasarkan rekod yang dikemas kini, seramai 264 orang anggota telah menggunakan kemudahan ini berdasarkan pecahan kategori berikut:

    Bil. Kemudahan   Kategori  
    Jabatan / Agensi Pihak

    Berkuasa

    Tempatan

    Badan Berkanun
    1. Cuti isteri bersalin 90 hari 61 75 45
    2. Cuti 14 hari   untuk suami 27 35 21
  2. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi memastikan bahawa sektor swasta juga melaksanakan polisi cuti bersalin 90 hari dan 14 hari ini.

    Memandangkan sektor swasta tertakluk kepada Akta Kerja 1955, maka kemudahan ini hanya dipanjangkan kepada pihak pengurusan sektor swasta masing-masing bagi tujuan pemakaiannya. Kerajaan Negeri memberi galakan yang sewajarnya namun ia masih tertakluk kepada syarikat yang berkenaan untuk menerima pakai kemudahan ini atau sebaliknya.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.