Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

27) TANAH-TANAH MILIK PKPS

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan perbandingan pendapatan ketika di bawah pentadbiran kerajaan terdahulu (BN) dengan pendapatan di bawah kerajaan sekarang (PR).

    Perbandingan pendapatan di bawah pentadbiran PR berbanding BN :

    • Pengeluaran FFB meningkat.
    • Pendapatan jualan sawit meningkat.
    • Pendapatan dari projek baru meningkat

    ( Projek Pasir, Ballclay, Kompleks Pasar Borong Selangor,

    Baazar Rakyat, Dewan Orkid PKPS dan Sewaan Wisma PKPS) iv.            Pendapatan dari simpanan tetap meningkat.

    Pendapatan Operasi PKPS  meningkat seperti berikut :-

    TAHUN 2008 2009 2010 2011 2012
    Pengeluaran Sawit (Tonnes) 31,079 50,801 51,101 45,640 44,741
    Jualan Sawit RM’ Juta 17.25 22.49 28.24 30.78 24.29
    Operasi ( * ) RM’ Juta 4.41 4.2 6.89 10.51 18.03
    Jumlah 21.66 26.69 35.13 41.29 42.32

    ( * ) Pelbagai pendapatan operasi terdiri daripada Projek Pasir, Ballclay, Kompleks Pasar Borong, Bazaar Rakyat, Dewan Orkid, Sewaan Pejabat Wisma PKPS,

    Sewaan Rumah Kedai, Sewaan Tanah-Tanah PKPS dan Faedah Simpanan Tetap.

  2. Jika ada peningkatan, huraikan apakah langkah-langkah yang diambil sehingga ada peningkatan?

    Langkah yang diambil untuk peningkatan pendapatan :

    • Melantik Pengurus Besar Kumpulan PKPS dan Pengurus-Pengurus Ladang yang menpunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang perladangan.
    • Pengurusan dan kakitangan ladang dan projek yang dahulunya beroperasi dari Wisma PKPS, Shah Alam ditempatkan diprojek masing-masing (tidak lagi ”remote control”).
    • Waktu bekerja kakitangan ladang dan projek ditukar dari waktu bekerja Kerajaan kepada waktu bekerja amalan biasa syarikat perladangan.
    • Memantau prestasi pengeluaran hasil dan kos pengeluaran dengan lebih rapi.
    • Memberi insentif kepada kakitangan perladangan dan projek berdasarkan pencapaian prestasi.
    • PKPS melakukan penjimatan di ibu pejabat seperti berikut :-
    1. Kakitangan ditugaskan secara ”multi tasking”
    2. Kakitangan berlebihan di ibupejabat ditempatkan di projek-projek.    Penyelenggaran Wisma PKPS diurus sendiri. (Dahulunya Kontrak)    Pembelian Bahan & Bekalan Pejabat dikurangkan.
    3. Kenderaan berlebihan dilupuskan.
    4. Perolehan baja dibuat melalui proses tender terbuka.
    5. Mengamalkan perkongsian penggunaan alat-alat pejabat.
    6. Menghadkan kelayakan elaun telefon, minyak kenderaan dan tol.
    7. Mengambil tindakan disiplin terhadap kakitangan bermasaalah.
    8. Menstruktur semula pinjaman bagi mengurangkan kos faedah pinjaman.
    • Tanah-tanah kosong/terbiar dibangunkan.
    • PKPS mengenalpasti tanah-tanah kosong milik PKPS yang tidak sesuai untuk pertanian tetapi berpontensi dibangunkan untuk projek perumahan dengan mendapatkan khidmat perancang bagi meningkatkan nilai GDV tanah.
    • PKPS menutup anak-anak syarikat yang mengalami kerugian berterusan dan tidak dapat dipulihkan.
    • PKPS melantik ”liquidator” untuk membubarkan anak-anak syarikat dan syarikat sekutu yang tidak membayar hutang PKPS.

Lampiran

Tiada Lampiran.