Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

24) ANAK PRASEKOLAH

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status pelaksanaan manifesto ini selepas PRU-13?

    Program bantuan RM 50 yuran kepada pelajar tadika yang layak telah dilaksanakan sejak Julai 2012. Program ini dinamakan sebagai Skim Tunas Selangor, dan siri jelajah mempromosi program ini telah dilaksanakan pada tahun 2012 dan berkahir pada Mac 2013 di seluruh Daerah di Negeri Selangor Status pelaksanaan program ini pasca Pru-13 adalah diteruskan, dan promosi sedang giat dijalankan dari masa ke semasa, bagi memastikan, mereka yang layak menerima manfaat dari program ini.

  2. Nyatakan statistik jumlah pra-sekolah milik kerajaan, politik dan swasta di Selangor?

    Berdasarkan maklumat bagi tadika yang berdaftar dengan Skim Tunas Selangor, dan Jabatan-Jabatan yang berkaitan, statistik jumlah pra sekolah milik Kerajaan, Politik dan swasta adalah seperti berikut:

    KERAJAAN SWASTA POLITIK
    1846 708 182
  3. Berapakah bilangan anak yang menduduki pra-sekolah 2013?

    Bilangan anak yang menduduki pra-skolah pada tahun 2013 adalah seperti berikut :

        JENIS SEKOLAH  
    KEMAS PERPADUAN SWASTA PRA –SEKOLAH

    JAIS

    PRA –SEKOLAH

    JABATAN

    PELAJARAN.

    24,515 4,659 28,995 1250 22,264
        Jumlah Keseluruhan 81,683

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.