Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
10) PROJEK NAIK TARAF JALAN RAWANG TOL KE BANDAR TASIK PUTRI (B 27)
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah diluluskan untuk Projek Naik Taraf Jalan Rawang Tol ke Bandar Tasik Puteri (B27)
Panjang jalan B27 di antara Tol ke Bandar Tasik Puteri ialah 4.5 km dan skop kerja yang terlibat ialah menaiktaraf jalan kepada dua lorong dua hala dan pembinaan tersebut merintangi Lebuhraya Utara-Selatan dengan jumlah siling yang diluluskan adalah RM30 juta. Selain itu, bagi kerja menaiktaraf laluan ini juga, JKR Selangor telah mensyaratkan kerja menaiktaraf jalan kepada pemaju-pemaju yang terbabit dengan pembangunan di kawasan ini kerana ianya akan menyumbang kepada pertambahan isipadu trafik yang tinggi kepada laluan ini.
-
Bilakah projek ini akan dimulakan dan dijangka siap serta jumlah jarak yang akan dinaiktarafkan..
- Untuk makluman, perlaksanaan projek ini di bahagikan kepada tiga pakej. Pakej I, menaiktaraf jalan sepanjang 1.8 km telah pun bermula pada 15 Mac 2013 dan di jangka siap pada 15 Januari 2015
- Pakej II, Membina jambatan di atas Lebuhrya Utara Selatan sepanjang 1.5 km dan di jangka mula pembinaan pada November 2013 dan di jangka siap pada November 2015.
- Pakej III, Menaiktaraf jalan sepanjang 1.2 km di jangka dimulakan pada tahun 2014.