Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

8) PENURUNAN HARGA PADI

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah inisiatif kerajaan negeri untuk mengatasi masalah penurunan harga padi?

    Inisiatif kerajaan negeri untuk mengatasi jika berlaku pengurangan harga padi adalah dengan pendekatan mengurangkan kos operasi penanaman padi. Pendekatan baru meningkatkan hasil padi adalah penanaman padi menggunakan kaedah SRI (System Rice Intensification) di mana kaedah mengaplikasikan penanaman secara Natural Farming dan kaedah ini dijangka dapat meningkatkan penghasilan padi beririgasi dengan mengubah pengurusan pokok, tanah, air dan nutrisi. Kaedah SRI ini juga dapat menjamin keseimbangan agro ekosistem, kualiti tanah dan memelihara alam sekitar.

    Selain itu kos pengurusan sawah juga dapat dikurangkan. Ini memberi impak positif kepada pendapatan pesawah apabila kos dapat dikurangkan hampir separuh daripada kos asal. Oleh itu, walaupun harga padi menurun, petani masih dapat menjana pendapatan kerana kos yang rendah. Kaedah ini sudah mula diamalkan oleh beberapa petani di Daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor dan kini semakin ramai yang mengamalkannya.

  2. Apakah rancangan jangka masa panjang kerajaan negeri bagi menstrukturkan pelan untuk menjamin kebajikan para pengusaha padi.

    Rancangan jangka panjang Kerajaan Negeri dalam meningkatkan hasil padi Negeri Selangor adalah melalui Program Meningkatkan hasil Padi Negeri Selangor di mana melalui program ini Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak:

    • RM 3.01 juta pada tahun 2009,
    • 93 juta pada tahun 2010,
    • 05 juta pada tahun 2011,
    • 24 juta pada tahun 2012,
    • dan RM3.24 juta pada tahun 2013 bagi projek meningkatkan hasil padi di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Selangor (2009-2013).

    Matlamat ditetapkan ialah:

    1. Projek perintis akan menjadi kawasan rujukan bagi para pegawai dan petani dalam usaha mempertingkatkan pengeluaran padi dari 5.1 tan/ha/musim kepada 7.5 tan/ha/musim
    2. Mempertingkatkan purata pendapatan pesawah        kepada           melebihi RM1,500.00 sebulan.

Lampiran

Tiada Lampiran.