Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

310) PORTFOLIO KERAJAAN PRIHATIN

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah dasar dan perancangan kerja EXCO portfolio Kerajaan Prihatin tahun 2015?

     

    Portfolio Kerajaan Prihatin merupakan antara portfolio yang membantu rakyat miskin di Negeri Selangor untuk mendapatkan bantuan bina baru rumah dan juga baikpulih Justeru, perancangan kerja di bawah portfolio Kerajaan Prihatin bagi tahun 2015 akan sebahagian besar dikekalkan seperi tahun ini.

     

    Namun begitu, Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin ini senantiasa terbuka kepada cadangan dan pandangan yang diberikan rakyat Selangor secara khususnya demi memastikan kebajikan dan hak rakyat terjamin serta terbela. Perancangan seperti pemberian bina baru rumah, baikpulih rumah dan program – program Kerajaan Prihatin memainkan peranan yang amat penting dan memberi impak yang mendalam kepada rakyat di Negeri Selangor.

     

    Justeru, satu retreat Jawatankuasa telah dijadualkan untuk diadakan pada bulan Disember 2014 yang melibatkan pelbagai pihak yang berkemahiran di dalam bidang masing – masing bagi memberi input dan cadangan yang dapat memastikan program – program yang dijalankan oleh jawatankuasa ini memberi impak yang mendalam kepada masyarakat. Di samping itu, retreat ini dijadikan sebagai platform untuk jawatankuasa ini menambahbaik dasar sedia ada dan merangka satu dasar baru yang dapat dimanfaatkan oleh masyarakat khususnya rakyat di Negeri Selangor tahun 2015.

  2. Apakah ada perbezaan dasar dan program berbanding pentadbiran sebelum ini?

    Program Kerajaan Prihatin telah dilaksanakan sekian lama dan mempunyai dasar pelaksanaan yang hampir sama saban tahun dan masih digunapakai sehingga kini kerana ia mempunyai satu impak dan memberi tanggapan yang amat positif daripada rakyat Selangor khususnya terhadap Kerajaan Negeri Selangor.

     

    Namun begitu, sedikit sebanyak dasar yang sedia ada ditambahbaik selaras dengan peredaran masa supaya ia kekal relevan di masa – masa akan  datang. Antara penambahbaikan yang telah dibuat adalah penambahbaikan daripada tatacara pemilihan dan kriteria permohonan bagi Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin di mana ia disesuaikan dengan keadaan ekonomi

     

    semasa. Had siling bagi sebuah rumah bina baru dan baikpulih juga dikaji semula saban tahun selaras dengan kenaikan harga barangan. Kualiti rumah yang dibina dan dibaikpulih juga dipertingkat dengan penggunaan bahan – bahan bermutu tinggi yang dapat bertahan lama dan selamat untuk didiami.

  3. Bagaimanakah pencapaian portfolio ini di tahun 2014?

    Portfolio Kerajaan Prihatin merupakan antara portfolio yang membantu rakyat miskin untuk mendapatkan kediaman yang selesa dan selamat untuk Pada tahun ini, Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin di bawah Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin telah mencapai kejayaan yang sangat besar dimana pada tahun ini sahaja, Kerajaan Negeri telah dapat membantu seramai 97 keluarga miskin yang layak untuk mendapat bantuan bina baru rumah dan juga baikpulih sebahagian rumah yang rosak. Peruntukan sebanyak sebanyak RM1,305,253.45 telah dibelanjakan oleh Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin bagi membina baru 37 buah rumah dan membaikpulih

    60 buah rumah. Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin sentiasa peka akan keperluan bagi memiliki kediaman yang selesa dan selamat bagi mereka yang kurang mampu. Secara tidak langsung, dengan program sebegini, ia dapat membantu mengurangkan bebanan sewa rumah kepada pemohon sekaligus dapat mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan rakyat di Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.