Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
306) PEMBANGUNAN ATLET SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah peruntukkan kerajaan negeri untuk membangunkan sukan di Selangor dari 2010 hingga 2014 mengikut jenis sukan?
Peruntukkan kerajaan negeri untuk membangunkan sukan di Selangor dari 2010 hingga 2014 adalah seperti berikut:-
2010
Pembangunan
40 sukan x RM 40,000.00 1,600,000.00
4,301,548.25
SUKMA
32 sukan x RM 60,000.00
1,920,000.00
Peralatan/ kemudahan 0.00
MSD
9 daerah x RM 20,000.00
180,000.00
MSSS 50,000.00 2011
Pembangunan
40 sukan x RM 40,000.00
1,600,000.00
3,567,971.00
SUKMA
25 sukan x RM 60,000.00 1,500,000.00
Peralatan/ kemudahan 247,971.00
MSD
9 daerah x RM 20,000.00
180,000.00
MSSS 40,000.00 2012
Pembangunan
40 sukan x RM 40,000.00 1,600,000.00
3,798,032.78
SUKMA
24 sukan x RM 60,000.00
1,440,000.00
Peralatan/ kemudahan 538,032.78
MSD
9 daerah x RM 20,000.00
180,000.00
MSSS 40,000.00 2013
Pembangunan
40 sukan x RM 40,000.00
1,600,000.00
4,025,199.50
SUKMA
20 sukan x RM 60,000.00 1,200,000.00
Peralatan/ kemudahan 995,199.50
MSD
9 daerah x RM 20,000.00
180,000.00
MSSS 50,000.00 2014
Pembangunan
40 sukan x RM 40,000.00
1,600,000.00
4,826,362.99
SUKMA
25 sukan x RM 60,000.00 1,500,000.00
Peralatan/ kemudahan 1,506,362.99
MSD
9 daerah x RM 20,000.00
180,000.00
MSSS 40,000.00 Jumlah Keseluruhan 15,692,751.53 Walau bagaimanapun peruntukkan ini tidak tertumpu kepda program pembangunan diperingkat persatuan sahaja. Kita juga memperuntukkan kepada program-program pembangunan sukan diperingkat daerah dan juga Majlis Sukan Sekolah-sekolah (MSSS).
Untuk makluman, jumlah perbelanjaan untuk pembangunan sukan ini adalah jauh berbeza daripada negeri-negeri yang menjadi saingan kuat Selangor seperti Negeri Terenganu memperuntukkan sejumlah RM 25.9juta setahun, Wilayah Persekutuan sebanyak RM 19 juta setahun, Sarawak sebanyak RM20 juta setahun dan Johor sebanyak RM14 juta setahun. Keempat-empat negeri ini merupakan negeri yang bersaing hebat untuk menjadi juara Sukan Malaysia (SUKMA). Peruntukkan–peruntukkan ini adalah untuk pembangunan sukan secara berterusan dan jangkamasa panjang.
-
Apakah usaha kerajaan negeri untuk meningkatkan pencapaian atlet Selangor?
Antara usaha kerajaan negeri melalui Majlis Sukan Negeri Selangor untuk meningkatkan pencapaian atlet Selangor adalah seperti membaikpulih kemudahan-kemudahan dan menukar ganti peralatan–peralatan untuk digunakan oleh atlet. Selain itu, mempergiatkan lagi program-program pembangunan atlet di peringkat akar umbi iaitu di daerah-daerah termasuklah menyediakan jurulatih yang berkemahiran tinggi. Selain daripada itu, memandangkan pesaingan yang sengit dari setiap negeri, pelbagai pakej atlit yang menarik telah diwujudkan seperti biasiswa pelajaran, tawaran kerja, hadiah kemenangan, peralatan yang canggih, jurulatih yang berkemahiran tinggi. Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Selangor sedang mengkaji dan merangka untuk mempelbagai dan memperhebatkan lagi program dan pakej atlet terkini supaya mereka dapat menjalani latihan berterusan dan juga berkualiti dan mengelakkan atlet berhijrah ke negeri
-
Nyatakan sukan yang menjadi fokus utama kerajaan negeri?
Kerajaan negeri melalui Majlis Sukan Negeri Selangor menumpukan kepada sukan – sukan teras terutama yang dipertandingkan diperingkat dunia. Dengan penumpuan kepada sukan – sukan ini, kerajaan negeri melalui Majlis Sukan Negeri Selangor dapat memberi tumpuan sepenuhnya melalui pembangunan hingga ke peringkat elit. Sukan teras ini juga menawarkan pingat yang banyak di setiap kejohanan atau pertandingan. Walau bagaimanapun, kerajaan negeri tidak mengabaikan sukan – sukan pilihan yang lain. Kerajaan negeri juga telah menyediakan kemudahan infrastruktur bagi sukan – sukan pilihan seperti gelanggang bola tampar, padang ragbi dan sebagainya.
Sukan-sukan yang menjadi fokus utama kerajaan negeri melalui Majlis Sukan Negeri adalah sukan-sukan yang menawarkan pingat yang banyak di Sukan Malaysia antaranya Olahraga, Kanu, Lawan Pedang, Memanah, Gimnastik dan Gimrama, Menembak, Angkat Berat, Wushu, Berbasikal, Akuatik