Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
290) SUKAN MALAYSIA (SUKMA)
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah pencapaian atlet Selangor pada SUKMA XVII?
Secara keseluruhannya, pencapaian atlet Selangor berjaya memperolehi keseluruhan pingat sebanyak 156 pingat yang terdiri daripada 35 pingat Emas, 49 pingat Perak dan 71 pingat Gangsa dan ianya adalah bilangan pingat tertinggi yang diperolehi di SUKMA XVII, Perlis 2014. Dari sudut kedudukan kontingen pula, Negeri Selangor adalah di tempat keempat. Sukan akuatik telah menjadi sukan yang menyumbangkan sebanyak 11 pingat emas dan sebanyak 3 acara yang telah memecahkan rekod SUKMA yang lalu. Hampir 80% pasukan yang menyertai SUKMA kali ini menjadi penyumbang pingat. Kontinjen Negeri Selangor mempunyai barisan atlet yang mampu bersaing untuk menyumbang pingat tanpa mengira warna. Jika dilihat kepada jumlah keseluruhan pingat ini membuktikan atlet Negeri Selangor masih lagi merupakan ancaman utama kepada semua peserta dari negeri-negeri
-
Adakah pencapaian ini menepati sasaran kerajaan negeri?
Kerajaan Negeri telah mensasarkan sejumlah 50 pingat emas bagi menjuarai SUKMA bagi tahun 2014. Walau bagaimanapun, Kontinjen SUKMA Selangor pada kali ini tidak mencapai sasaran disebabkan atlet-atlet yang berpotensi memperolehi pingat emas tidak berjaya mendapatkan pingat tersebut. Majlis Sukan Negeri Selangor telah melakukan Post Mortem dan mendapati sebanyak
19 acara individu dan berpasukan yang mampu memperolehi pingat emas berdasarkan kedudukan semasa namun tidak berjaya memperolehi pingat emas di SUKMA. Kebanyakan mereka adalah atlet-atlet kebangsaan yang mempunyai rekod terbaik di Malaysia. Contohnya seperti pemain individu badminton wanita Selangor yang merupakan atlet kebangsaan yang beraksi di Piala Uber beberapa hari sebelum SUKMA telah tewas di SUKMA dan juga atlet lumba basikal acara pecut yang baru dinobatkan atlet paling pantas di Asia namun hanya meraih pingat perak di SUKMA dalam salah satu acara beliau. Ini adalah disebabkan atlet-atlet berkenaan mengalami sindrom keletihan (fatigue) kerana rehat yang
tidak mencukupi. Kebanyakan mereka menyertai kejohanan luar Negara dan kurang dari seminggu mereka pulang ke tanahair, mereka terus bertanding untuk SUKMA. Pihak majlis juga telah mendapati bahawa untuk SUKMA yang akan datang tidak akan bergantung harap dengan atlet-atlet kebangsaan kerana program mereka agak berbeza dengan negeri kerana penumpuan yang berbeza.
-
Adakah kerajaan negeri memberi peruntukan elaun kepada setiap atlet dan berapakah jumlahnya?