Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

286) PUSAT KOMUNITI WANITA (PKW)

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah penubuhan PKW berjaya memperkasakan ekonomi golongan wanita di Selangor ?

    Pusat Komuniti Wanita (PKW) telah melalui proses penjenamaan semula kepada Pusat Wanita Berdaya (PWB) mulai tahun 2011. Pusat Wanita Berdaya (PWB) telah banyak membantu kaum wanita di Negeri Selangor melalui latihan dan bimbingan asas (soft skills) dimana kebanyakan wanita yang terlibat secara langsung dengan PWB ini mampu berdikari sendiri dalam meningkatkan ekonomi hidup masing-masing dengan bantuan kewangan daripada program SkimSel, MIMBAR dan agensi kewangan yang

     

    Melalui latihan dan bimbingan yang telah diterima di PWB telah berjaya melahirkan usahawanita yang telah menghasilkan produk sendiri. Selain itu, golongan wanita tersebut telah mengorak langkah dengan menjadi usahawan dengan menghasilkan produk sendiri. Di antara produk yang dikeluarkan adalah :

     

    1. Biskut Kelapa dari PWB Selat Klang;
    2. Mee Kuning dari PWB Lembah Jaya;
    • Kuih Sejuk Beku dari PWB Rawang;
    1. Tempahan Pelbagai   Pakaian   Seragam    dari    PWB   Ijok    dan   PWB Sijangkang;
    2. Rekaan Kreatif Hasil Kraftangan (Tudung Saji) dari PWB Sungai Air Tawar;
    3. Telekung dari PWB Morib; dan
    • Lain-lain

     

    Kebanyakan produk keluaran PWB ini mendapat sambutan yang hangat dan adakala ianya tidak dapat memenuhi permintaan pasaran yang kian meningkat.

     

     

  2. Berapakah peruntukan yang telah dibelanjakan oleh kerajaan negeri bagi melaksanakan PKW?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita Dan Keluarga telah memperuntukkan sebanyak RM1 juta untuk melaksanakan program-program pembangunan wanita Negeri Selangor yang salah satunya adalah program PWB program atau aktiviti oleh

     

    Mulai 2009 hingga Oktober 2014, sejumlah RM645,000.00 telah dibelanjakan bagi tujuan penyediaan peralatan asas dalam melaksanakan aktiviti PWB berkaitan. Manakala, perbelanjaan bagi pelaksanaan program dan latihan di peringkat PWB adalah berjumlah RM317,500.00.

Lampiran

Tiada Lampiran.