Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
272) PRINSIP AMAR MAKRUF & NAHI MUNGKAR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah program-program negeri bagi melaksanakan prinsip Amar Makruf dan Nahi Mungkar ?
Pendekatan melalui medium dakwah dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor kepada kumpulan sasar seperti orang awam, belia, remaja, pekerja industri dan golongan
Contohnya Program Forum Perdana dilaksanakan di setiap daerah dan mukim dengan memberi kefahaman terhadap akidah, syariah dan akhlak Islam. Melalui para pendakwah bertauliah, kumpulan ini turut sama memberi penerangan dan ilmu pengetahuan Islam di seluruh masjid dan surau, agensi kerajaan serta swasta.
Di peringkat lapangan pula,jabatan ini telah melatih sukarelawan dakwah khusus memberi bimbingan kepada golongan remaja,warga emas dan lawatan ke hospital. Terdapat 33 kumpulan NGO Islam yang bernaung di bawah JAIS turut membantu melaksanakan usaha dakwah di seluruh Negeri Selangor.
-
Bagaimanakah prinsip ini boleh diterima baik di kalangan bukan Islam ?
Amar Makruf Nahi Munkar adalah perkara asasi dalam Islam dan pelaksanaannya akan dilihat sebagai sesuatu yang memayungi syariat Islam keseluruhannya. Ini secara tdak langsung akan memberi kesan yang baik kepada muamalah dan kehidupan bersosial kepada masyarakat bukan Islam, sejajar dengan konsep ‘Baldatun Taiyibatun Wa Rabbun Ghafur’.