Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
261) AKTIVITI LETUPAN BATU BATA DI KUARI JALAN KAMPONG LOMBONG BANDAR SAUJANA PUTRA, JENJAROM
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah aduan diterima oleh Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat dan Jabatan Mineral dan Geosains sejak tahun 2010 berkenan keretakan struktur rumah di kawasan perumahan SP 2 dan SP 1,Bandar Saujana Putra, Jenjarom akibat gegaran yang kuat selepas aktiviti-aktiviti meletup batu bata di Kuari Jalan Kampong Lombong?
a), b) dan c)
Hanya 2 aduan sahaja yang diterima oleh Pejabat Daerah Tanah Kuala Langat iaitu satu pada tahun 2013 & satu pada tahun 2014 berkenaan aktiviti letupan batu di Kuari Jalan Kampung Lombong Bandar Saujana Putra.
-
Apakah tindakan dan langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak PBT dan jabatan-jabatan bertanggungjawab untuk mengelakkan berlaku kembali aktiviti peletupan kuari di lokasi tersebut?
-
Apakah tindakan dan langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak PBT dan jabatan-jabatan bertanggungjawab untuk mengelakkan berlaku kembali aktiviti peletupan kuari di lokasi tersebut?