Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
255) PROGRAM BANTUAN KESIHATAN SIHAT SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan jenis bantuan yang dihulurkan kepada golongan yang kurang bernasib baik dibawah program ini
Program Bantuan Kesihatan Sihat Selangor menyediakan jenis bantuan seperti berikut : –
- Dialisis Buah Pinggang : RM 2,000.00 diberikan secara ‘one-off’
- Katarak Mata : bantuan tidak melebihi RM 1,200.00
- Pembedahan Kecil : bantuan tidak melebihi RM 5,000.00
- Lain-lain rawatan : bantuan tidak melebihi RM 5,000.00
-
Nyatakan jumlah perbelanjaan Kerajaan dibawah program ini mengikut jenis bantuan masing-masing
Bagi tahun 2014, sehingga 18 November 2014, Kerajaan Negeri telah membelanjakan sejumlah peruntukan bagi membiayai Program Bantuan Kesihatan Sihat Selangor. Jumlah perbelanjaan mengikut bantuan adalah seperti di berikut: –
BIL. JENIS BANTUAN KESIHATAN PERBELANJAAN (RM) 1 Dialisis 290,420.80 2 Katarak Mata 13,460.00 3 Pembedahan Kecil 92,696.45 4 Lain-lain Rawatan 158,256.60 JUMLAH 554,833.85