Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
254) EKONOMI KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri ada membawa masuk pelaburan baru dan nyatakan jumlah pelaburan yang telah di bawa masuk pada tahun 2013 sehingga sekarang?
Kerajaan Negeri Selangor sentiasa berusaha untuk menarik pelabur-pelabur baru ke negeri ini melalui jaringan kerjasama strategik dengan pelabur-pelabur tempatan serta asing bagi mengekalkan negeri Selangor sebagai destinasi pilihan pelaburan. Data daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menunjukkan bahawa, bermula tahun 2013 sehingga Julai 2014, sebanyak 381 projek perkilangan dengan nilai pelaburan sebanyak RM14.421 bilion telah dibawa masuk ke negeri Selangor. Perinciannya adalah seperti berikut :
Bilangan Peluang Pelaburan Pelaburan Jumlah Modal Tahun Asing Pelaburan projek Pekerjaan Tempatan (RM) (RM) (RM) 2013 228 23,519 6,207,711,908 3,625,294,944 9,833,006,852 2014 153 9,659 2,706,991,219 1,881,102,933 4,588,094,152 (Jan – Julai) Jumlah 381 33,178 8,914,703,127 5,506,397,877 14,421,101,004 Daripada jumlah ini, sebanyak 247 projek merupakan projek baru dengan nilai pelaburan berjumlah RM10 billion. Perinciannya adalah seperti berikut:
Projek Baru Tahun Bilangan Peluang Pelaburan Pelaburan Jumlah Modal Asing projek Pekerjaan Tempatan (RM) Pelaburan (RM) (RM) 2013 148 17,241 4,978,215,470 2,371,144,783 7,349,360,253 2014 99 6,749 1,394,649,707 1,397,148,229 2,791,797,936 (Jan – Julai) Jumlah 247 23,990 6,372,865,177 3,768,293,012 10,141,158,189 -
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menarik lebih banyak pelaburan dalam tahun ini dan tahun hadapan?
Bagi menarik lebih banyak pelaburan ke negeri Selangor, Kerajaan Negeri melalui Selangor State Investment Centre (SSIC) akan meneruskan strategi promosi seperti yang telah dilaksanakan sebelum ini. Strategi ini termasuklah misi pelaburan ke luar negara, menyertai misi penggalakan pelaburan dan perdagangan yang dianjurkan oleh agensi pusat seperti Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), penerbitan iklan-iklan melalui media cetak dan media elektronik dalam dan luar negara, mengaturkan program-program pertemuan dengan pelabur sedia ada untuk menyelesaikan isu-isu berbangkit dan menganjurkan pertemuan dengan pihak kedutaan dan dewan-dewan perniagaan asing.
Walaubagaimanapun, di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri yang baharu ini, Kerajaan Negeri telah merancang untuk menjadikan negeri Selangor sebagai pusat perdagangan antarabangsa melalui penganjuran ekspo yang meliputi pelbagai jenis pameran dan pertunjukan perdagangan. Penganjuran ekspo ini dilihat dapat dijadikan médium kepada pengusaha-pengusaha tempatan dan asing merebut peluang perniagaan serta mempromosikan produk masing-masing.