Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
244) PUSAT REKREASI KOLAM AIR PANAS
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan pusat Rekreasi kolam air panas yang terdapat di Selangor?
Kolam air panas wujud di beberapa tempat dan ia menjadi satu sumber tarikan untuk dikunjungi. Senarai Pusat Rekreasi Kolam Air Panas di Negeri Selangor adalah seperti berikut:
- Kolam Air Panas Hulu Tamu, Batang Kali
- Kolam Air Panas Selayang, Batu 9 Gombak
- Kolam Air Panas Setapak
- Kolam Air Panas Sg. Serai, Dusun Tua Hulu Langat
- Kolam Air Panas Semenyih
- Air Panas Kerling, Hulu Selangor
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk memastikan kolam air panas di Selangor terus bersih dan dikunjungi ramai?
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi yang terlibat seperti Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) sentiasa mengambil berat tentang penyelenggaraan Pusat Rekreasi Kolam Air Panas bagi memastikan aspek kebersihan sentiasa
Bagi Pusat Rekreasi Kolam Air Panas di bawah penyelenggaraan PBT, Kerajaan Negeri juga menurunkan peruntukan bagi tujuan menaik taraf kemudahan- kemudahan demi keselesaan pengunjung ke kolam air panas berkenaan. Pada masa yang sama pemantauan berterusan secara bersepadu dilakukan oleh Badan Pelancongan Negeri iaitu Tourism Selangor Sdn Bhd (TSSB) ke tempat- tempat rekreasi kolam air panas melalui siri promosi dan lawatan tapak bersama media dan agensi pelancongan luar seperti program TS Day Out dan FamTrip yang dijalankan setiap tahun. Melalui aktiviti dan pemantauan ini, pusat rekreasi kolam air panas akan terus terjaga dan mendapat perhatian supaya ia terus kekal menjadi salah satu tarikan pelancongan bukan sahaja untuk dinikmati oleh pelancong-pelancong luar bahkan turut dirasai oleh pengunjung tempatan.
Keunikan yang ada sewajarnya dipelihara kerana ia menjadi kebanggaan negeri dan aset penting dalam industri pelancongan. Kesedaran kepada pelancong juga harus diberi tumpuan dan dipertingkatkan khususnya pelancong tempatan terhadap kebersihan pusat-pusat rekreasi tersebut. Bagi memastikan kolam- kolam air panas dikunjungi ramai, Kerajaan Negeri melalui pelbagai saluran media terutamanya media sosial meuar-uarkan mengenai kewujudan serta keistimewaan lokasi pelancongan bagi menggalakkan kedatangan pelancong ke lokasi tersebut