Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

239) TAKUNGAN AIR EMPANGAN SG SELANGOR

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan peratusan takungan air yang paling rendah pernah dicatat sejak Empangan Sg Selangor dibina.

    Pada masa kini, Kerajaan Negeri ada menyediakan beberapa bantuan untuk ibu tunggal untuk jangka masa panjang seperti latihan dan bimbingan. Melalui latihan dan bimbingan ini mereka boleh mendapatkan bantuan kewangan dari SKIMSEL, MIMBAR, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Lembaga Zakat Negeri Selangor.

  2. Senaraikan peratusan takungan air Empangan Sg Selangor yang tertinggi dan terendah setiap bulan pada tahun 2012, 2013 dan 2014.

    Berdasarkan rekod analisis pemantauan, bagi tahun 2012 nilai maksimum peratusan takungan Empangan Sungai Selangor ialah 100% iaitu pada bulan Januari hingga Jun dan nilai minimum peratusan takungan 52.02% iaitu pada bulan Oktober. Bagi tahun 2013 nilai maksimum peratusan takungan Empangan Sungai Selangor ialah 100% iaitu pada bulan Mac hingga Jun dan nilai minimum peratusan takungan 48.85% iaitu pada bulan Oktober. Bagi tahun 2014, nilai maksimum peratusan takungan Empangan Sungai Selangor ialah 68.42% iaitu pada bulan Januari dan nilai minimum peratusan takungan 31.84% iaitu pada bulan Ogos. Perincian data peratusan takungan air Empangan Sungai Selangor yang tertinggi dan terendah setiap bulan pada tahun 2012, 2013 dan 2014 adalah seperti di LAMPIRAN A.

  3. Apakah kaedah-kaedah digunakan untuk memeriksa Empangan Sg Sungai bagi memastikan kebocoran tidak berlaku.

    Pemantauan struktur Empangan Sungai Selangor bagi memastikan kebocoran tidak berlaku adalah berdasarkan Laporan Keselamatan Empangan di mana audit pemeriksaan empangan dijalankan secara berkala di kawasan sekitar struktur empangan dengan kerjasama Jabatan Bekalan Air, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA). Tindakan pemulihan dan penambahbaikan akan dilaksanakan pihak pengendali empangan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn. Bhd. dengan kelulusan pihak berkuasa

    Berdasarkan Kertas “Kepentingan Keselamatan Struktur Empangan” dalam Mesyuarat Majlis Sumber Air Negara (MSAN) Bil. 9 pada 21 Oktober 2014, terdapat cadangan penubuhan Dam Technical Centre (DTC) yang diterajui oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA). Tujuan utama penubuhan DTC ialah untuk melaksanakan pengawasan dan pemeriksaan struktur empangan secara berpusat dan berperanan sebagai pusat pangkalan data keselamatan empangan diperingkat nasional dan memberikan khidmat teknikal dan pakar kepada pengendali empangan. Walau bagaimanapun, pelaksanaan pusat tersebut akan disemak dan dikaji semula di peringkat Kerajaan Negeri bagi mengelakkan pertindihan kuasa memandangkan pengurusan sumber air di Negeri Selangor adalah tertakluk di bawah Enakmen LUAS 1999.

    DATA PERATUS TAKUNGAN EMPANGAN SUNGAI SELANGOR (2012‐2014)

     

     

      PERATUS TAKUNGAN 2012 (%) PERATUS TAKUNGAN 2013 (%) PERATUS TAKUNGAN 2014(%)
    BULAN MINIMUM MAKSIMUM MINIMUM MAKSIMUM MINIMUM MAKSIMUM
    JAN 94.53 100 94.39 97.5 64.78 68.42
    FEB 94.53 100 95.2 97.47 46.9 64.16
    MAC 100 100 97.77 100 36.39 46.31
    APRIL 100 100 97.71 100 36.6 40.38
    MEI 100 100 100 100 40.46 42.76
    JUN 92.13 100 94.13 100 41.99 43.79
    JULAI 80.13 92 77.39 93.46 33.46 41.91
    OGOS 65.52 79.53 61.28 76.8 31.84 33.46
    SEPT 54.87 65.1 56.02 60.88 33.4 35.69
    OKT 52.02 59.19 48.85 55.62 35.9 48.85
    NOV 59.62 77.86 52.29 58.01 49.28 53.2
    DIS 78.57 93.46 58.21 65.2    

     

Lampiran

Tiada Lampiran.