Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
231) PROGRAM PERTANIAN BANDAR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah program Ôedible gardenÕ?
‘Edible garden’ bermaksud taman yang dibangunkan mengandungi tumbuhan yang sesuai untuk dimakan atau pokok herba, sayuran, ulaman, umbisi dan buahan dan digabungkan dengan tanaman
Selain berfungsi sebagai kebun dapur, ‘edible garden’ juga boleh menjadi landskap yang menarik jika bijak menggabungkan pokok herba, sayuran dan buahan dengan pokok berbunga atau tumbuhan landskap atau hiasan.
‘Edible garden’ tidak semestinya kebun yang besar. Ia boleh dilakukan di dalam pasu, bekas-bekas terpakai, balkoni dan kawasan lapang di tepi rumah. Konsep ‘edible garden’ dengan Mini fertigasi kini sedang diperkenalkan kepada penduduk bandar. Menerusi konsep ini, taman tidak perlu disiram atau diselenggara setiap hari sebaliknya pengairan dan siraman baja dapat dikawal serta sesuai di ruang yang terhad.
-
Apakah program galakan dan inisiatif yang diberikan bagi menjayakan program Ôedible gardenÕ?
Melalui program Pertanian Bandar kelolaan Jabatan Pertanian, ‘edible garden’ diperkenalkan di peringkat individu dalam perumahan, komuniti, pejabat, sekolah dan institusi swasta seperti berikut:
BIL.
PROJEK
SUB PROJEK
KATEGORI
KADAR MAKSIMUM (RM) 1. Kawasan Perumahan (Individu) Laman Edibel Individu dalam komuniti (minimum 10 peserta /kawasan setempat)
100/peserta Cendawan Individu dalam komuniti (minimum 10 peserta/ kawasan setempat) 50/peserta Mini Fertigasi Individu dalam Komuniti (minimum 3 peserta/ kawasan setempat) 600/peserta 2. Kawasan Perumahan (Komuniti) Kebun Konvensional/Organik Komuniti (10 peserta/kumpulan)
1,000/kumpulan Fertigasi Terbuka Komuniti (10 peserta/kumpulan)
5,000/kumpulan 3. Institusi (Syarikat/Swasta/ Pejabat/Sekolah dsbnya) Nutrient Film Technique (NFT) Institusi 1,000 Laman Edibel Institusi 1,000 Piskiponik Institusi 2,500 Mini Fertigasi Institusi 600 -
Bagaimanakah penanaman herba khususnya rosella dapat dilaksanakan melalui program Ôedible gardenÕ?
Jabatan Pertanian sedia memberi khidmat nasihat bagi penanaman herba khususnya roselle dalam program ‘edible garden’. Peserta secara individu atau berkumpulan boleh memohon bantuan di bawah program Pertanian Bandar untuk penanaman roselle dari Pejabat-pejabat Pertanian Daerah