Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
228) PROGRAM MES MIMBAR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah kelulusan pemohon baru tahun 2014?
Dana yang diterima daripada Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) pada tahun 2014 adalah sebanyak RM500 ribu Sepanjang tahun 2014 sehingga Oktober 2014 sebanyak RM647,500 telah dibiayai bersamaan 195 permohonan
Dana yang terbaru diterima dari Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) selepas pengumuman bantuan pinjaman kepada mangsa bencana Uptown Shah Alam adalah sebanyak RM930ribu. Sebanyak RM545,000 pembiayaan telah diluluskan yang bersamaan dengan 109 peserta.
Jumlah keseluruhan peserta baru MIMBAR pada tahun 2014 adalah seramai 304 orang dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM1,192,500.
-
Berapa peratuskah kepatuhan pembayaran balik?
Rata-rata institusi mikrokredit di kawasan bandar juga menghadapi masalah yang sama dalam proses kutipan bayaran balik pinjaman, terutama dalam menghadapi sikap, disiplin dan komitmen peminjam kawasan bandar yang mencabar dalam usaha menjelaskan sesuatu pinjaman. Kesan ini dirasai MIMBAR yang memberikan pinjaman perniagaan tanpa mengenakan caj faedah kepada peminjam sebelum
Justeru itu, sehingga kini jumlah keseluruhan bayaran balik pinjaman yang diperolehi MiMBAR Selangor sehingga Oktober 2014 adalah sebanyak RM5,152,735. Pulangan bayaran ini termasuk pinjaman pusingan pertama hingga ketiga. Ianya termasuk seramai 1,755 peserta yang telah selesai menjelaskan bayaran MIMBAR.
Berikut adalah jadual jumlah bayaran balik pinjaman dari tahun 2011 sehingga Oktober 2014 :
TAHUN 2011 2012 2013 2014 ZON
BIL PESERTA
RM
BIL PESERTA
RM
BIL PESERTA
RM
BIL PESERTA
RM
KLANG 179 103,280 738 455,133 592 408,859 250 68,119 SHAH ALAM
152
108,632
553
377,776
401
250,950
164
45,174
AMPANG 127 92,811 391 270,779 293 163,287 107 27,002 SEPANG 87 61,666 253 182,431 192 115,535 90 28,100 PETALING 82 43,997 355 198,897 347 210,311 137 35,036 SUBANG 107 62,329 382 238,021 327 201,193 145 37,851 SELAYANG 248 151,743 680 512,238 561 372,129 208 52,448 KAJANG 28 12,507 222 126,597 176 110,858 93 27,046 JUMLAH 1010 636,965 3,574 2,361,872 2,889 1,833,122 1,194 320,776 Berikut adalah peratusan pembayaran balik peserta MIMBAR dari tahun 2011 hingga 2014 yang telah dikategorikan mengikut pola pembayaran balik.
KATEGORI PENJELASAN PERATUSA N (%) BILANGA N (PESERT A) A Peserta membuat bayaran mengikut tempoh dan tiada tunggakan. 35 1,755 B Peserta mempunyai tunggakan selama 30 hari atau 1 bulan. 4 214 C Peserta mempunyai tunggakan selama 60 hari atau 2 bulan. 3 151 D Peserta mempunyai tunggakan selama 90 hari dan keatas atau tunggakan melebihi 3 bulan keatas.
58 2,859 Walau bagaimanapun, hasil daripada program Ops Kutipan dan Gerak Gempur yang diberikan perhatian sepenuhnya bermula pada Jun 2014 yang lalu, seramai
250 peserta tegar (dari kategori D) telah selesai membuat bayaran pinjaman MiMBAR. Manakala bagi seramai 615 peserta telah membuat penjadualan semula bayaran balik pinjaman hasil daripada program tersebut. Ini menunjukkan dari Jun 2014 hingga Oktober 2014 seramai 865 peserta dari kategori D (peminjam tegar) telah diberi pemantauan dan peringatan untuk bayaran balik.
Jumlah keseluruhan bayaran balik bagi 865 penjadualan semula dianggarkan sebanyak RM 1,057,275 sehingga selesai tempoh bayaran. Walau bagaimanapun, usaha MiMBAR Selangor melalui OPS Kutipan masih diteruskan bagi mengurangkan jumlah peserta tegar.
Pada tahun 2014 juga, MiMBAR telah memperkenalkan PROGRAM STANDING INSTRUCTION (S.I) 2014. Program ini adalah satu kaedah yang diberi penambahbaikan yang dipantau sepenuhnya setiap bulan bagi mendapatkan bayaran balik peserta yang dibiaya pada tahun 2014. Antara langkah pemantauan di dalam program ini adalah:
- MIMBAR menetapkan tarikh penarikan bayaran balik peserta melalui bank
- MIMBAR menghantar SMS (SMS Blasting) peringatan bagi bayaran balik dua (2) hari sebelum tarikh penarikan pada setiap bulan
- MIMBAR akan mencetak laporan kepatuhan bayaran balik
- MIMBAR akan membuat langkah susulan bagi peserta yang gagal dalam kepatuhan bayaran balik
Hasil daripada program ini, kita telah berjaya memperoleh kutipan semula pembayaran MiMBAR sebanyak 97% sepanjang tahun 2014.
Pelbagai langkah dilakukan bagi memastikan peminjam tidak lari dari tanggungjawab mereka dalam melunaskan pinjaman yang dipohon. Antara langkah yang diambil oleh MiMBAR Selangor adalah:
i. Pemantauan dan kutipan
Pemantauan terhadap peserta dibahagikan mengikut zon kawasan bagi setiap pegawai. Setiap peserta yang telah diluluskan pinjamannya akan dipantau dari segi perniagaan yang dijalankan dan corak bayaran balik mereka. Peserta yang kurang berdisiplin dalam pembayaran balik melalui potongan bank akan didekati dengan kaedah pembayaran secara manual
iaitu melalui pegawai kutipan. Kaedah ini akan disesuaikan mengikut masa dan kemampuan peserta yang menjadikan peserta kurang rasa terikat dan tidak perlu untuk ke bank setiap bulan. Terdapat juga peserta yang suka untuk membuat bayaran di pejabat kerana dengan cara ini mereka lebih berpeluang dan cepat mengetahui informasi dan program terkini yang disediakan oleh MiMBAR Selangor mahupun kerajaan negeri.
ii. Operasi turun padang
Pada setiap bulan, MiMBAR Selangor akan mengkaji corak bayaran balik peserta sama ada melalui bank mahupun manual. Apabila melihatkan corak ini berubah dengan drastik pada satu-satu masa atau bukan bermusim, operasi turun padang besar-besaran akan dilakukan oleh semua kakitangan. Pada ketika ini, MiMBAR Selangor akan memberi lebih perhatian kepada mereka yang liat, bermasalah dan tegar dalam membuat pembayaran. Peserta akan diingatkan tentang baki pinjaman dan keperluan mereka untuk melunaskan pinjaman sebagai tanggungjawab kendiri. Pada masa ini juga, bagi peserta yang benar-benar mengalami maslah yang kritikal, boleh berbincang dengan pegawai operasi sama ada untuk membuat penangguhan bayaran atau menjadual semula pembayaran mereka.
iii. Surat peringatan
Langkah yang lebih tegas akan dikeluarkan oleh MiMBAR Selangor terhadap mereka yang tegar dan tidak mengendahkan bayaran balik pinjaman. Surat peringatan akan dikeluarkan dan ditinggalkan di premis atau kediaman mereka sekiranya mereka sukar dihubungi dan diajak berjumpa. Surat peringatan ini merangkumi jumlah pinjaman yang telah dibiayai, jumlah yang perlu dilunaskan setiap bulan dan baki bayaran. Surat peringatan ini biasanya adalah untuk mereka yang benar-benar bermasalah.
iv. Kerjasama pemimpin masyarakat
MiMBAR Selangor juga menggunakan pendekatan yang lebih dekat dengan masyarakat iaitu dengan melakukan perbincangan dan membawa serta ketua-ketua masyarakat di setiap kawasan seperti pengerusi penduduk, qariah masjid, Ahli Dewan Undangan Negeri dan pihak lain yang lebih dekat dengan masyarakat setempat mereka. Kaedah digunapakai supaya dapat mengenalpasti masyarakat setempat yang bermasalah dan meminta bantuan mereka untuk mendekati dan berbincang dengan peserta yang bermasalah agar dapat melunaskan pinjaman mereka.
v. Kempen bayaran balik
Kempen bayaran balik turut giat dijalankan bagi memberi kesedaran kepada peminjam. Kempen ini dilakukan dengan pelbagai kaedah di serata kawasan.
vi. Penjadualan semula
Bagi peserta yang benar-benar mengalami masalah berat, mereka boleh berbincang untuk membuat penjadualan semula bayaran balik mengikut kepada kemampuan mereka sehingga stabil semula. Penjadualan semula ini dibenarkan setelah dikenalpasti permasalahan yang dihadapi peserta.
-
Berapakah bilangan peserta berjaya meneruskan dan meningkatkan perniagaan mereka sejak 2013 hingga kini?
Sehingga kini MIMBAR telah mengenalpasti seramai 2,384 peserta masih aktif dalam perniagaan sejak tahun 2013 hingga