Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
221) PENIAGA WARGA ASING
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa perbandingan pemilikan perniagaan antara warganegara dan warga asing di Bandar Klang ?
Kerajaan Negeri tidak mempunyai data yang khusus bagi perbandingan tersebut. Walau bagaimanapun, semua lesen dikeluarkan kepada warganegara sahaja. Tiada lesen dikeluarkan kepada warganegara asing tanpa
-
Apa tindakan kerajaan negeri dalam mencegah penumbuhan premis perniagaan warga asing di sekitar Selangor khususnya Bandar Klang ?
Tindakan penarikan lesen akan diambil kepada mana-mana pemilik yang mengakibatkan lesen-lesen yang dikeluarkan dan diberikan pada orang asing. Pihak Majlis menjalankan tindakan penyitaan ke atas penjaja warga asing di sekitar kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Klang. Bagi tempoh Jan – Okt 2014 sebanyak 191 tindakan sita telah dilaksanakan. Statistik seperti di bawah:
Bil Bulan (2014) Jumlah Sitaan 1 Januari 21 2 Februari 20 3 Mac 20 4 April 17 5 Mei 15 6 Jun 31 7 Julai 17 8 Ogos 15 9 September 23 10 Oktober 12 Jumlah 191