Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

215) ANCAMAN AJARAN SESAT

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri untuk membanteras ajaran sesat di Selangor ?

    Antara usaha yang telah dilakukan;

     

    • Merangka pelan tindakan dan modul bagi memantapkan akidah umat Islam,
    • mengetengahkan kepada masyarakat secara terancang dan tersusun perkara-perkara yang boleh membatalkan akidah Ahli Sunnah Wal Jammah,
    • memberi penjelasan kedudukan sebenar Islam dalam mendepani isu-isu melibatkan akidah, syariah dan akhlak melalui khutbah, wacana, seminar dan bengkel,
    • menyediakan penceramah-penceramah pakar dalam bidang akidah untuk berhadapan dengan mana-mana kumpulan ajaran sesat dan memberi penjelasan kepada masyarakat dan melaksanakan latihan untuk mereka,
    • mempertingkatkan dakwah untuk memberi penjelasan dan berhadapan dengan sebarang bentuk penyebaran fahaman mahupun dakyah agama lain sehingga ke akar umbi,
    • menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah 1995 atas mana-mana seksyen kesalahan
  2. Senaraikan tindakan yang kerajaan negeri laksanakan bagi tujuan menyekat penyebaran ajaran sesat di Selangor ?

    Antara tindakan yang dilaksanakan bagi tujuan menyekat penyebaran ajaran sesat;

     

    • Membentangkan hasil-hasil kajian untuk dibentang kepada Jawatankuasa Fatwa,
    • Memberi penjelasan mengenai bahaya ajaran sesat atau mana-mana ajaran sesat yang telah difatwakan kepada masyarakat melalui khutbah,

     

    forum, seminar dan lain-lain medium yang boleh menyampaikan keburukan ajaran sesat kepada agama, bangsa dan negara,

    • mengeluarkan modul dan buku akidah untuk memberi penjelasan kepada masyarakat mengenai akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar,
    • memanggil kumpulan atau pengikut yang terlibat dengan ajaran sesat untuk mendapatkan penjelasan dan menasihati mereka untuk meninggalkan ajaran sesat tersebut,
    • meminta institusi masjid dan NGO bekerjasama untuk memberi penjelasan kepada masyarakat mengenai bahayanya ajaran sesat kepada masyarakat,
    • mengambil tindakan penguatkuasaan di bawah Enakmen Jenayah Syariah 1995.

Lampiran

Tiada Lampiran.