Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
208) GERAI LUAR BANDAR (GLB)
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila senaraikan secara terperinci jumlah bilangan GLB di semua PBT.
a) dan b)
Jumlah bilangan GLB dan jumlah sewa yang dikutip pada tahun 2010 hingga 2013 adalah sebanyak 2,741 buah gerai dan kutipan sewa sebanyak RM2,086,152.81. Sila rujuk Lampiran 1.
Lampiran 1
Bilangan Gerai Luar Bandar di PBT dan Jumlah Kutipan 2010-2013
BIL. PBT BIL. GLB Jumlah Kutipan Tahun 2010 – 2013 (RM) 1. MBSA 106 203,150.00 2. MBPJ 8 13,600.00 3. MPSJ 42 62,797.50 4. MPS 129 185,910.00 5. MPAJ 79 112,320.00 6. MPKj 138 263,925.00 7. MPK 144 487,339.07 8. MPSp 149 146,493.00 9. MDKS 152 403,755.24 10. MDKL 1427 124,020.00 11. MDSB 172 14,803.00 12. MDHS 195 68,040.00 Jumlah Keseluruhan 2,741 2,086,152.81 **Sumber: Semua PBT Negeri Selangor
-
Sila senaraikan jumlah sewa GLB yang berjaya dikutip dari tahun 2010-2013 oleh PBT.
-
Sila nyatakan apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk membina lebih banyak GLB bagi membantu rakyat luar Bandar.
c) Kerajaan Negeri tidak merancang untuk memperuntukkan pembinaan Gerai Luar Bandar di PBT-PBT. Walau bagaimanapun, PBT ada menyediakan pusat-pusat penjaja khas, gerai dan kiosk PBT. Kerajaan Negeri juga telah menyediakan kemudahan pembiayaan kepada mereka yang berminat berniaga melalui program di bawah Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) iaitu Skim Mikrokredit Selangor (SkimSel) dan Program Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR).