Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

206) STRUKTUR BINAAN LUAR PREMIS (PEPULAU)

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan bilangan premis yang dikenalpasti telah membina pepulau di atas tanah kerajaan bagi tujuan perniagaan?

    Berikut adalah beberapa PBT yang telah dikenal pasti membina pepulau di atas tanah kerajaan bagi tujuan perniagaan :

     

    PBT Bilangan Premis Yang Membina Pepulau Untuk Tujuan Perniagaan
    MBSA 23
    MBPJ TIADA MAKLUMBALAS
    MPK 605
    MPAJ 80
    MPSJ TIADA
    MPS TIADA MAKLUMBALAS
    MPKJ  
    MPSP 3
    MDKL TIADA
    MDHS 10
    MDKS TIADA
    MDSB TIADA
    JUMLAH KESELURUHAN 721

     

  2. Apakah tindakan yang diambil terhadap pihak yang terlibat ini?

    PBT telah mengambil tindakan tegas terhadap premis-premis yang didapati melakukan kesalahan dengan pengeluaran Notis di bawah peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) seperti berikut:

     

    i)             Seksyen 70(1)

    ‘Tiada seseorang boleh mendirikan sesuatu bangunan tanpa mendapt kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pihak berkuasa tempatan’

    Tempoh Notis 14 hari

    ii)            Seksyen 72(1)(b)

    ‘…jika bangunan telah didirikan bersalahan dengan mana-mana undang- undang yang berkuatkuasa pada masa itu berhubung dengan bangunan- bangunan dan kelulusan bangunan tidak diberi kemudiannya, pihak berkuasa tempatan boleh mengkehendaki pemunya tanah untuk meruntuhkan bangunan itu dalam masa yang dinyatakan.’

    Tempoh Notis 14 hari

    iii)           Seksyen 72(6)

    Mengosongkan bangunan dalam tempoh tiga puluh hari (30) dari tarikh Notis dikeluarkan untuk kerja-kerja perobohan

    Tempoh Notis 30 hari

  3. Nyatakan kawasan-kawasan yang terlibat dengan taklimat penerangan berkaitan larangan pembinaan pepulau ini?

    Setakat ini tiada taklimat khusus diadakan kepada pemilik-pemilik premis kedai pejabat namun PBT telah mengambil pendekatan dengan melaksanakan tindakan penguatkuasaan secara berperingkat ke kawasan-kawasan komersial dengan pengeluaran Notis-Notis Amaran. Purata tempoh masa yang diberikan kepada pemilik premis untuk mematuhi arahan PBT adalah selama 58 hari. Tempoh yang diberikan adalah cukup lama untuk pemilik untuk melaksanakan sendiri tindakan meroboh

Lampiran

Tiada Lampiran.