Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
203) LESEN PUSAT HIBURAN KELUARGA (PHK)
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah permohonan yang diterima dan diluluskan untuk membuka PHK di Selangor?
Jumlah permohonan yang diterima dan diluluskan untuk membuka Pusat Hiburan Keluarga (PHK) di semua PBT adalah 148 lesen. Sila rujuk Lampiran 1.
Lampiran 1
No PBT Bilangan Lesen PHK yang Diluluskan setakat tahun 2014 1 MBSA 6 lesen 2 MBPJ 16 lesen 3 MPSJ 23 lesen 4 MPS 7 lesen 5 MPAJ 30 lesen 6 MPK 22 lesen 7 MPKJ 17 lesen 8 MPSP 1 lesen 9 MDKS 14 lesen 10 MDKL 2 lesen 11 MDSB 4 lesen 12 MDHS 6 lesen JUMLAH 148 Lesen **Sumber: Semua PBT Negeri Selangor
-
Adakah kerajaan negeri bersedia untuk menyahut saranan Menteri Dalam Negeri memberhentikan pengeluaran lesen PHK ?
Kerajaan Negeri telah memanjangkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kepada PBT berhubung Pembatalan Lesen Pusat Hiburan Keluarga (PHK) yang didapati menjalankan aktiviti perjudian yang berselindung di sebalik perniagaannya untuk dibincangkan dan dipertimbangkan. Kini Kerajaan Negeri juga sedang mengumpul maklumat untuk membincangkan tindakan
-
Sila kemukakan maklumat tanah pertanian telah ditukar kepada tanah kegunaan lain dalam tempoh 2008 hingga 2014