Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
201) DATARAN BELIA DI DUN SELAT KLANG
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Padang Awam di Kampung Delek adalah satu satunya padang awam di DUN Selat Klang. Apakah kerajaan negeri boleh menyediakan dataran belia yang sesuai di situ?
Kampung Delek merupakan kawasan yang asal terletak di luar pentadbiran MPK sebelum tahun 2005. Tiada padang awam berpusat sedia ada kerana lot tanah yang berbentuk “piece meal” dan tiada tanah Kerajaan diperuntukkan untuk padang
MPK melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa akan mengenalpasti kapasiti tanah yang sesuai khususnya tanah Kerajaan bagi tujuan mewujudkan padang awam berkenaan.
Berdasarkan semakan, terdapat satu padang bola awam seluas lebih kurang 2 ekar yang digunakan oleh penduduk di Kg. Delek khususnya para belia. Padang awam tersebut diurus dan diselenggarakan oleh JKKK. Pihak Majlis akan menyemak status tanah dan jika tanah tersebut adalah rezab Kerajaan, Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan mengkaji untuk menaiktaraf kemudahan tersebut berdasarkan peruntukan yang ada pada tahun 2015.
-
Berapakah peruntukan yang dikhususkan untuk program pembangunan belia dan sukan di setiap DUN?
Kerajaan Negeri tidak mengkhususkan peruntukan bagi program pembangunan belia dan sukan di setiap DUN. Justeru itu, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM120,000.00 setahun kepada setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi menjalankan program-program pembangunan belia di mana PBT dikehendaki untuk memantau setiap program yang dijalankan di peringkat Penggerak Belia Tempatan(PeBT). Manakala bagi program pembangunan sukan, kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM20,000.00 untuk setiap daerah. Peruntukan Majlis Sukan Daerah(MSD) ini adalah melibatkan program pembangunan sukan di daerah dan penyertaan di kejohanan.