Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
198) PASUKAN PENGUATKUASA DAERAH KLANG
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah kekuatan penguatkuasa bagi Pejabat Daerah, MPK, JKR dan JPS?
Bagi Pejabat Daerah/Tanah Klang (PDTK), kekuatan penguatkuasa adalah seramai 10 orang anggota dengan kemudahan sebuah kenderaan Toyota
-
Adakah masalah dihadapi bagi penyelarasan penguatkuasaan atas pencerobohan binaan di rizab tanah, jalan dan parit?
Keanggotaan Pasukan Penguatkuasa yang kecil jika dibandingkan dengan permasalahan yang dihadapi lebih-lebih lagi bagi daerah Metropolitan seperti Klang menjadi salah satu punca kepada permasalahan dalam melaksanakan dan menyelaras tindakan penguatkuasaan. Campur tangan politik juga turut menjadi penghalang kepada tindakan penguatkuasaan yang perlu diambil.
-
Adakah penguatkuasaan berdasarkan aduan awam sahaja dan bagaimana keadaan pencerobohan tanpa aduan yang masih aktif?
Selain daripada aduan awam, PDTK akan meneliti setiap laporan penemuan ketika rondaan pemantauan yang telah dijadualkan bagi memastikan setiap pencerobohan akan diambil