Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

174) TAMAN WARISAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri terhadap Taman Warisan Negeri Selangor yang terletak di Gombak?

    Di antara perancangan Kerajaan Negeri Selangor terhadap  Taman  Negeri  Selangor adalah untuk mengekalkan ekosistem dan keaslian sumber semula jadi yang tidak ternilai ini sentiasa dipelihara dan diuruskan dengan baik. Sehubungan dengan itu, pada masa kini Kerajaan Negeri sedang giat mengumpul dan menyediakan dokumen bagi menjadikan Permatang Kuarza Klang Gates (sebahagian Taman Warisan Negeri Selangor) sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

     

    Selain itu, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan talah menyediakan infrastruktur dan kemudahan di hutan lipur dan taman rekreasi untuk dinaiktaraf dan dibaikpulih mengikut keperluan dan peruntukan kewangan semasa bagi faedah dan kegunaan masyarakat. Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukan sebanyak RM1,129,990.00 pada tahun 2014 bagi tujuan pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur dan kemudahan hutan lipur dan taman rekreasi di bawah seliaan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.

     

    Aspek keselamatan pengunjung adalah menjadi keutamaan pihak Jabatan Perhutanan Negeri Selangor untuk mengurangkan kes-kes kemalangan di hutan lipur dan taman rekreasi. Pihak jabatan telah mengambil langkah keselamatan dengan memasang papan tanda amaran, kawasan bahaya, kejadian kepala air dan lain-lain notis peringatan atau amaran demi untuk keselamatan para pengunjung. Disamping itu juga pegawai dan kakitangan yang bertugas di hutan lipur dan taman rekreasi ini juga akan bertanggungjawab memantau keselamatan pengunjung. Bagi tujuan promosi pula, tempat-tempat rekreasi ini disiarkan dalam laman web Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan juga melalui brochure dan phamplet yang diedarkan kepada masyarakat umum semasa pameran atau program-program jabatan.

     

    Rondaan dan penguatkuasaan hutan turut dijalankan secara berterusan oleh JPNS bagi memastikan Taman Negeri Selangor dan HSK di Negeri Selangor ini tidak diceroboh oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab. Kerajaan negeri melalui JPNS tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang

     

    didapati telah melakukan kesalahan seperti menceroboh kawasan Taman Negeri Selangor akan dihukum sewajarnya mengikut mana-mana Seksyen yang berkaitan seperti yang diperuntukan di bawah Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985.

     

    Selain itu, Kerajaan Negeri juga memperketatkan permohonan pengambilan hutan simpan (revocation) atau pihak yang ingin mengeluarkan hutan simpan diminta terlebih dahulu menyediakan kawasan hutan simpan untuk dijadikan gantian selain perlu melalui proses “public hearing” bagi tujuan mendapatkan maklumbalas daripada masyarakat awam. Di samping itu, Kerajaan Negeri juga berusaha menambah keluasan hutan simpan dengan membuat pengambilan tanah-tanah kosong untuk dijadikan kawasan Hutan Simpanan Kekal.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.