Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

170) PeBT

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah perbelanjaan setiap PeBT Negeri Selangor sejak 2013 hingga Oktober 2014?

    Pada tahun 2015, peruntukan program Penggerak Belia Tempatan (PeBT) masih dikekalkan seperti tahun 2014 di mana setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan diperuntukkan sebanyak RM120,000.00 yang menjadikan keseluruhan adalah sebanyak RM1,440,000.00 untuk semua PBT bagi menjalankan program- program PeBT yang telah dirancangkan. Untuk makluman, peruntukan tersebut akan disalurkan kepada PBT di mana PBT dikehendaki untuk memantau dan merancang pelaksanaan program PeBT masing-masing untuk memastikan pelaksanaan program adalah sebagaimana yang telah dirancangkan.

     

    Di samping itu juga, Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM1,464,000.00 sebagai peruntukan elaun Penggerak Belia Tempatan (PeBT) di bawah pengurusan Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS).

     

    Justeru itu, jumlah keseluruhan peruntukan elaun dan program Penggerak Belia Tempatan (PeBT) adalah sebanyak RM2,904,000.00 setiap tahun.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.