Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

169) PERPUSTAKAAN SUK DAN PENINGKATAN KOMPETENSI AHLI DEWAN NEGERI (ADN

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah piawaian yang diguna pakai bagi menentukan bahan di Perpustakaan SUK menepati keperluan peningkatan kompetensi ADN?

     

    Perpustakaan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor telah mewujudkan Polisi Pemilihan Bahan Perpustakaan / Perkhidmatan, Perpustakaan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang digunakan sebagai panduan yang praktikal dalam menjalankan aktiviti pemilihan dan penyediaan bahan perpustakaan serta perkhidmatan atas

    Pihak perpustakaan juga menerima sebarang cadangan perolehan bahan-bahan yang diperlukan oleh ADN, dengan mengambil kira kegunaan bersama di antara ADN yang lain.

  2. Apakah kekerapan setiap dari 56 orang ADN menggunakan Perpustakaan SUK?

    Dalam setahun, kekerapan setiap dari 56 orang ADN menggunakan Perpustakaan SUK adalah 0 hingga 2 kali

    Hanya terdapat 1/3 daripada 56 orang ADN yang membuat pinjaman bahan perpustakaan dari tahun 2008 hingga 2014.

  3. Apakah rancangan kerajaan untuk mewujudkan perpustakaan yang state-of-the- art bagi ADN?

    Perpustakaan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor merupakan sebuah perpustakaan khusus/

    Buat masa ini, kerajaan tidak mempunyai sebarang perancangan bagi mewujudkan perpustakaan yang state-of –the-art bagi ADN.

Lampiran

Tiada Lampiran.