Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
164) UTILITI MAPPING DI SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah kos dan perbelanjaan yang digunakan oleh kerajaan negeri untuk menjalankan kerja-kerja utiliti mapping di setiap PBT?
Pemetaan utiliti merupakan kerja-kerja pemetaan utiliti bawah tanah, jalan raya dan lebuhraya yang turut melibatkan kabel elektrik, kabel telekomunikasi, paip air, paip gas, saliran pembentungan. Gabungan proses pemetaan yang dilengkapi peta topografi akan memberi satu bentuk pelan pemetaan utiliti yang komprehensif bagi membantu perancangan pembangunan dan infrastruktur Negeri Selangor. Kos dan perbelanjaan pemetaan utiliti dikira berdasarkan keluasan pengukuran, kepadatan penduduk dan kepesatan pembangunan di tapak serta skop kerja-kerja teknikal pemetaan utiliti. Anggaran awal kos dan perbelanjaan pemetaan utiliti ialah RM2 perkaki persegi. Sehubungan itu, untuk melaksanakan pemetaan utiliti di Negeri Selangor dengan keluasan 7,957.36 kilometer persegi, kos dan perbelanjaan bagi projek pemetaan utiliti adalah sangat besar dan berbeza mengikut faktor-faktor
Mengikut amalan yang dilaksanakan kini, pemetaan utiliti dilaksanakan oleh pemaju sesuatu projek pembangunan sebagai salah satu syarat yang ditetapkan oleh PBT dalam permohonan Kebenaran Merancang (KM) setiap projek pembangunan.
-
Apakah agensi dan jabatan yang terlibat dalam program utiliti mapping?
Pemetaan utiliti dilaksanakan berdasarkan peraturan dan prosedur seperti berikut :
Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Bilangan 1 Tahun 2013 :
Garis Panduan Pengukuran Jajaran Laluan Utiliti Baru; dan
Panduan pelaksanaan pemetaan utiliti oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (JPBD SM) iaitu Garis Panduan Perancangan Perkhidmatan Utiliti pada 2012 yang bertujuan untuk membantu Pihak Berkuasa Negeri (PBN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pemaju dalam perancangan peletakan laluan penyediaan utiliti dalam sesebuah
cadangan pembangunan.
Agensi Kerajaan yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan perancangan pemetaan utiliti ialah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). JUPEM kini sedang menyediakan pemetaan utiliti Negeri Selangor dan dimulakan di Cyberjaya, Sepang.
Selain itu, pelaksanaan pemetaan utiliti juga memerlukan kerjasama bersama PBT, Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) dan Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) bagi mendapatkan maklumat-maklumat sedia ada pemetaan utiliti di kawasan PBT dan maklumat berkaitan guna tanah dan perancangan di peringkat daerah.
Penglibatan agensi swasta diperlukan secara tidak langsung melalui perkongsian maklumat-maklumat utiliti sedia ada agensi-agensi utiliti di Negeri Selangor iaitu agensi utiliti tenaga elektrik (Tenaga Nasional Berhad (TNB)), utiliti air (Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas)) dan utiliti telekomunikasi (Telekom).
Memandangkan kos dan perbelanjaan yang tinggi, pemetaan utiliti di Negeri Selangor akan dilaksanakan secara berperingkat. Bagi memastikan pelaksanaan pemetaan utiliti dilaksanakan secara cost effective, pada peringkat permulaan, pemetaan utiliti akan dilaksanakan secara perkongsian data sedia ada bersama agensi-agensi teknikal dan
Bagi tujuan tersebut, sesi perbincangan akan diadakan melibatkan pihak JUPEM dan agensi-agensi utiliti iaitu utiliti tenaga elektrik (Tenaga Nasional Berhad (TNB)), utiliti air (Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas)), utiliti telekomunikasi (Telekom) dan utiliti pembentungan (Indah Water Konsortium (IWK)).
-
Sehingga kini bagaimanakah pencapaiannya yang di per oleh?
Memandangkan kos dan perbelanjaan yang tinggi, pemetaan utiliti di Negeri Selangor akan dilaksanakan secara berperingkat. Bagi memastikan pelaksanaan pemetaan utiliti dilaksanakan secara cost effective, pada peringkat permulaan, pemetaan utiliti akan dilaksanakan secara perkongsian data sedia ada bersama agensi-agensi teknikal dan
Bagi tujuan tersebut, sesi perbincangan akan diadakan melibatkan pihak JUPEM dan agensi-agensi utiliti iaitu utiliti tenaga elektrik (Tenaga Nasional Berhad (TNB)), utiliti air (Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas)), utiliti telekomunikasi (Telekom) dan utiliti pembentungan (Indah Water Konsortium (IWK)).