Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
163) KEMISKINAN BANDAR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah perancangan atau dasar baru Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah kemiskinan bandar di negeri Selangor?
Seperti mana kita sedia maklum, Kerajaan Negeri telah melaksanakan pelbagai program bagi menangani masalah kemiskinan bandar di negeri Selangor. Di antara program-program yang disediakan oleh Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Kemiskinan adalah seperti Program Blueprint Pembasmian Kemiskinan, Program Tajaan Kemahiran Teknikal melalui Kolej Antarabangsa INPENS, Program Pemberian Baucer sempena Perayaan dan Program Back to School.
Di samping itu, pelbagai program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang telah diperkenalkan bagi mengurangkan kadar kemiskinan bandar seperti Program Skim Mikrokredit Selangor (Skimsel) dan Skim Mikrokredit Miskin Bandar (MIMBAR). Program Skimsel bermatlamat untuk membantu golongan miskin memperolehi dana bagi menjalankan perniagaan sebagai salah satu usaha membebaskan mereka dari kitaran kemiskinan. Manakala program MIMBAR pula merupakan pinjaman mikrokredit Qardul Hasan iaitu pinjaman tanpa faedah dan caj pengurusan yang bertujuan untuk membantu menambahkan pendapatan seisi keluarga bagi melepasi Paras Garis Kemiskinan (PGK).
Dalam usaha Kerajaan Negeri memberi manfaat kepada semua rakyat melalui pembasmian dan pengurangan ketidakseimbangan ekonomi, Kerajaan Negeri akan sentiasa menambahbaik program-program Pembasmian Kemiskinan dari semasa ke semasa bagi mengurangkan kadar kemiskinan bandar di negeri Selangor sejajar dengan peningkatan taraf hidup rakyat dan perkembangan ekonomi semasa.
-
Berapakah jumlah terkini penduduk miskin bandar bagi tahun 2014?
Merujuk kepada Jabatan Perangkaan Malaysia tahun 2012, bilangan isi rumah miskin di bandar adalah sebanyak 2,834, iaitu 0.2%, manakala bilangan isi rumah miskin tegar adalah sebanyak 283 iaitu 0.0%. Perincian kadar kemiskinan mengikut strata di negeri Selangor bagi tahun 2012 adalah seperti di JADUAL 8.
-
Nyatakan julat pendapatan isi rumah yang dikategorikan sebagai miskin bandar?
Di peringkat nasional, Paras Garis Kemiskinan (PGK) adalah selaras dengan Rancangan Ekonomi Kesepuluh (RMK-10), yang mana PGK makanan dan bukan makanan yang telah ditetapkan untuk isi rumah miskin di bandar adalah RM840.00 seisi rumah. Manakala PGK untuk isi rumah miskin di bandar bagi Sarawak serta Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan masing-masing adalah sebanyak RM960 dan RM1,080 seisi
Manakala julat pendapatan isi rumah yang digunapakai sebagai PGK di Selangor adalah RM1,500 ke bawah tanpa mengikut kawasan. Ini adalah berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Bil. 1/2009 pada 7 Januari 2009 telah bersetuju dan memutuskan supaya PGK Negeri Selangor dinaikkan ke RM1,500.00.
JADUAL 8:
KADAR KEMISKINAN MENGIKUT STRATA DI NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2012
Strata Tahun 2012 Isi Rumah Miskin
ratus (%) Isi Rumah Miskin Tegar ratus (%) Bandar 2,834 0.2 283 0.0 ar bandar 2,438 2.3 – – Jumlah 5,272 0.4 283 0.0 (Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, 2012)