Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
154) PEMINDAHAN TEKNOLOGI
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah strategi Kerajaan Negeri untuk memastikan syarikat yang melabur di Selangor turut melatih dan memindahkan teknologi mereka kepada pekerja dan syarikat tempatan?
Antara langkah yang diambil oleh Kerajaan dalam menggalakkan pemindahan teknologi seperti;-
- Kerajaan melalui MIDA/MITI telah menetapkan beberapa syarat dalam kelulusan insentif terhadap projek-projek perkilangan seperti berikut;-
- nilai ditambah tinggi sebanyak 40 peratus;
- peratusan perbelanjaan R&D sebanyak 1 peratus daripada nilai jualan kasar;
- indeks kakitangan sains dan teknikal sebanyak 15 peratus daripada jumlah keseluruhan guna tenaga syarikat; dan
- indeks pengurusan teknikal dan penyeliaan sebanyak 25 peratus daripada jumlah keseluruhan guna tenaga
- Selain itu, Bagi projek-projek khas dalam subsektor yang dikenal pasti yang diluluskan insentif di bawah Skim Galakan Istimewa, bantuan kewangan dalam bentuk R&D dan geran latihan juga ditawarkan untuk melatih pekerja rakyat Malaysia. Geran-geran ini adalah bertujuan untuk menggalakkan pemindahan teknologi kepada pekerja
- Dalam kelulusan Lesen Pengilang, pihak industri telah disyaratkan untuk melatih rakyat Malaysia supaya pemindahan teknologi dan kepakaran dapat disalurkan di semua peringkat
-
Nyatakan bidang-bidang strategik di mana perlu berlaku proses pemindahan teknologi.
Antara bidang-bidang strategik dimana berlaku proses pemindahan teknologi seperti;-
- Industri Elektrik & Elektronik
- Mesin & Peralatan
- Bioteknologi
- ICT
- Aerospace
- Industri
- Industri pembuatan barangan getah