Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

152) PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan status projek-projek perumahan terbengkalai di bawah Majlis Perbandaran Kajang

    Sehingga 31 Oktober 2014, terdapat sebanyak 15 projek perumahan terbengkalai yang dikenal pasti di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang melibatkan 5,298 pembeli. Senarai dan status projek terbengkalai terlibat adalah seperti di Lampiran

    Lampiran 1

     

    STATUS PROJEK-PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI BAWAH MAJLIS PERBANDARAN KAJANG

     

    BIL NAMA PROJEK  

    PEMAJU

    STATUS
    1. Pembangunan Perumahan 110 unit pangsapuri kos rendah 12 tingkat, 24 unit rumah kos sederhana 2 tingkat, 240 unit pangsapuri 16 tingkat, Mukim Kajang, Hulu Langat. Tetuan Serosa Resources Sdn. Bhd. (Telah Digulung) a)    Pelikuidasi iaitu Crowe Howarth sedang berkerjasama dengan Gale Force Sdn Bhd bagi membincangkan usaha semula memulihkan projek tersebut yang melibatkan 413 unit.

    b)    Tiada sebarang penyambungan kerja pembinaan di tapak.

    c)    Pemaju berlesen dengan KPKT dan dibawah pemantauan KPKT.

    2. Perumahan Bandar Puncak Damai Semenyih (Bandar Putri Jaya) yang mengandungi 1,000 Unit Pangsapuri Kos Rendah, 1,000 Unit Kos Sederhana Rendah, 600 Unit Pangsapuri Kos Sederhana, Mukim Ulu Semenyih, Daerah Ulu Langat Tetuan Duta Nilai Sdn. Bhd. (digulung pada 17Januari 2005) a)   Mahkamah Tinggi Ipoh telah melantik Jabatan Insolvensi Malaysia, Cawangan Shah Alam sebagai pelikuidasi sementara dan dalam tindakan melantik pelikuidasi yang baru.

    b)   Tiada sebarang penyambungan kerja pembinaan di tapak.

    c)   Pemilik tanah iaitu Duta Skyline Sdn Bhd dalam usaha memulangkan semula duit (refund) pembeli.

    d)   Pemaju berlesen dengan KPKT

    dan dibawah pemantauan KPKT.

    3. Taman Kelisa Ria, Kampung Keramat Tangkas, Jalan Reko yang mengandungi 500 unit perumahan Kos Rendah di Kampung Sungai Tangkas Kajang, Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat Tetuan TJ Plaza Sdn. Bhd. (digulung) a)    KPKT telah melantik kontraktor penyelamat iaitu Imej Warisan Sdn Bhd bagi tujuan pemulihan.

    b)    Projek telah berjalan dengan kemajuan kerja sebanyak 95% siap.

    c)    Pemaju berlesen dengan KPKT dan dibawah pemantauan KPKT

     

    4. Projek Perumahan yang mengandungi 70 Unit (28 Unit Rumah Teres 2 Tingkat Jenis A & 42 Unit Rumah Teres 2 Tingkat Jenis B, Kg. Sg. Ramal, Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat Tetuan ZM Development Sdn. Bhd. a)   Projek masih berjalan namun pemaju dalam proses mendapatkan surat sokongan daripada SYABAS dan IWK bagi mendapatkan Sijil Layak Menduduki.

    b)   Keseluruhan projek melibatkan kerja bangunan dan infrasktur telah siap dibina.

    c)    Pemaju berlesen dengan KPKT dan dibawah pemantauan KPKT

    5. Projek Perumahan di Taman Bahagia Indah, Mukim Kajang, Daerah Ulu Langat. Tetuan Bahagia Indah Properties Sdn. Bhd. a)   Tiada sebarang penyambungan kerja pembinaan di tapak.

    b)   Terdapat kes Mahkamah antara pemaju dengan Persatuan Penganut Suci Ci Hang (2) dan masih menunggu keputusan Mahkamah.

    c)   Pemaju tanpa lesen

    6 Projek Pembesaran Kg. Titiwangsa Yang Mengandungi 87 Unit Rumah Teres 1 Tingkat, Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat Tetuan Imbuhan Murni Sdn. Bhd. a)    Projek mencapai kemajuan pembinaan 95 % siap

    b)    Projek dimajukan sebelum kelulusan mendirikan bangunan diberikan oleh Majlis Perbandaran Kajang.

    c)    Pemaju tanpa lesen.

     

    7. Projek Perumahan di Taman Sri Raya Yang Mengandungi 35 Unit RT Kos Rendah 1 Tingkat & 5 Unit Rumah Kedai, Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat (Projek usahasama Kausar Corporation dengan PNSB) Tetuan Kausar Corporation Sdn. Bhd (digulung) a)    Tiada sebarang penyambungan kerja pembinaan di tapak

    b)    Pemodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) sedang dalam proses membayar saguhati kepada pembeli (refund) seramai 27 orang terlibat.

    c)    Pemaju tanpa lesen.

    8 Projek Perumahan Di Taman Kajang Villa Yang Mengandungi 1 Blok

    RPKR 12 Tgkt dan 600 Unit Kediaman, Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat

    Villaraya Management Sdn Bhd (digulung) a)    Pelikuidasi dalam proses melantik pemaju penyelamat dengan syarat mendapatkan persetujuan pembeli melebihi 75 % terlebih dahulu sebelum pemulihan dibuat.

    b)    Pemaju tanpa lesen.

    9 Projek Perumahan Taman Padang Tembak Yang Mengandungi 29 Unit Rumah Teres 2 Tingkat, Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat Tetuan Happy Home Development Sdn. Bhd. a)    11 unit telah didiami penduduk dan 18 unit terbengkalai

    b)    Tanah masih berstatus pertanian dan hakmilik individu telah dikeluarkan.

    c)    Pemaju tidak dapat dikesan bagi membincangkan penyelesaian menyiapkan 10%-30% kerja-kerja pembinaan.

    d)    Pemaju tanpa lesen

     

    10. Projek Perumahan Taman Semenyih Jaya Yang Mengandungi 6 Unit Rumah Sesebuah Setingkat & 30 Unit Rumah Deret Setingkat, Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat Tetuan Ample Development Sdn. Bhd. a)    Pembinaan telah 100% siap tapi infrastruktur masih belum diselesaikan.

    b)    Pemaju tidak dapat dikesan namun difahamkan kontraktor projek ini dalam usaha menyelesaikan permohonan Sijil Layak Menduduki.

    c)    Pemaju tanpa lesen

    11 Projek Perumahan Taman Ilham Perdana Sejoli, Rumah Berkembar 1 Tingkat, Mukim Hulu Langat, Daerah Hulu Langat. Tetuan Ukiran Mutu Sdn. Bhd. a)    Tiada sebarang penyambungan kerja pembinaan di tapak

    b)    Jalan masuk ke tapak projek tidak dapat dilalui kerana jalan telah runtuh dan semak yang tebal.

    c)    Pemaju tidak dapat dikesan bagi membincangkan penyelesaian ini.

    d)    Pemaju tanpa lesen

    12. Projek Terbengkalai Desa Seri Tekali, Di Atas Hakmilik H.S.(D) 40619, PT 5708, Mukim Hulu Langat, Daerah Hulu Langat Anglo Properties Sdn. Bhd. a)    Hanya kerja-kerja meratakan tanah sahaja dibuat.

    b)    Tiada sebarang penyambungan kerja pembinaan di tapak.

    c)    Pemaju tidak dapat dikesan bagi membincangkan penyelesaian ini.

    d)    Pemaju tanpa lesen

     

    13 Projek Terbengkalai Dusun Damai, Rumah Berkembar Satu Tingkat dan Rumah Sesebuah di atas hakmilik GM 5500 & 3497, Lot No. 1589 &

    1590 Mukim Hulu Langat, Daerah Hulu Langat

    Anjung Properties Sdn. Bhd. a)    Hanya kerja-kerja meratakan tanah sahaja dibuat.

    b)    Tiada sebarang penyambungan kerja pembinaan di tapak.

    c)    Pemaju tanpa lesen

    14. Projek Perumahan Terbengkalai Taman Nusa Lestari di atas hakmilik Induk GM 219(EMR4873),

    Lot 3022, Mukim Hulu Langat, Daerah Hulu Langat

    Kamara Land Sdn. Bhd. a)   Kerja-kerja pembinaan dengan kemajuan 70% siap.

    b)   Tiada sebarang penyambungan kerja pembinaan di tapak.

    c)   Pemaju tanpa lesen

    15. Projek Perumahan Evergreen Homes di atas H.S.(M) 6672, Pt No.

    9307, Mukim Hulu Langat, Daerah Hulu Langat.

    Tetuan Averise Acres Holdings Sdn. Bhd a)    Terdapat 4 buah rumah banglo telah mencapai kemajuan 70% siap dan terbengkalai.

    b)    Tapak projek di kaki bukit yang mungkin terdedah kepada masalah tanah runtuh.

    c)    Tiada sebarang penyambungan kerja pembinaan di tapak.

    d)    Pemaju tanpa lesen

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

    Lampiran 2 SENARAI PANGSAPURI KOS RENDAH DAN STATUS TERKINI DI KAWASAN

    DUN KAJANG YANG DILULUSKAN DI BAWAH SKIM CERIA DARI TAHUN 2010

     

     

    Bil Pangsapuri Jenis baikpulih Kos (RM) Tahun Status
    1. Flat     Taman Damai Jaya Sistem pembentun gan 18,950.00 2011 Siap
    2. City Heights Apartment, Sg. Chua Lif 507,160.00 2014 Siap
    3. Rumah Pangsa Kos Rendah Taman Cheras Mas Palong air hujan (gutter) 87,919.70 2014 Kerja di tapak dijangka 17 November 2014
    4. Pangsapuri Pahlawan, Taman     Tun Perak Bumbung 491,519.60 2014 Kerja di tapak dijangka 17 November 2014
    5. Pangsapuri Mengecat 73,550.00 2014 Kerja di

     

      Murah Kajang Indah       tapak dijangka 17 November 2014
    6. Pangsapuri Taman Cheras Mewah Kerja membina pagar 134,720.00 2014 Proses mendapat kelulusan MPKj
    7. Pangsapuri Kos Rendah Desa Mutiara Bumbung 570,000.00 2014 Kontraktor mula kerja pada 10 November 2014
    8. Glen Court A dan B Mengecat 210,525.00 2014 Kerja di tapak dijangka November 2014
    9. Apartment Kinabalu, Taman Sinaran Tangki air 52,000.00 2014 Surat tawaran baru dikeluarkan bertarikh 11 November 2014
      JUMLAH 2,146,344.30    

     

  2. Senaraikan status projek-projek perumahan terbengkalai di bawah Majlis Perbandaran Kajang

    Senarai penerima bantuan Skim CERIA di bawah DUN Kajang adalah seperti di Lampiran

  3. Minta kerajaan negeri nyatakan jumlah peruntukan yang telah dikeluarkan untuk menaiktaraf sistem keselamatan di bawah zon PBT seluruh Selangor

    Antara peruntukan bentuk dan insentif daripada Kerajaan Negeri kepada PBT atau komuniti setempat untuk meningkatkan tahap keselamatan seperti:-

     

    Memasang sebanyak 414 unit CCTV di Negeri Selangor dan ditempatkan di lokasi terpilih atau hot-spot oleh PBT dan PDRM secara build operate and transfer di mana ia melibatkan kos sewaan untuk tempoh selama 20 tahun bermula dari bulan November 2013 sebanyak RM488,520.00 sebulan atau RM5,862,240.00 setahun dan penyelenggaraan dilakukan oleh pihak kontraktor sendiri;

     

    Menubuhkan Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) di setiap PBT bagi memberi bantuan awal ketika berlakunya kecemasan antaranya banjir kilat, kebakaran dan kemalangan. Selain itu, pasukan ini juga telah diberikan latihan khas secara ‘Smart Partnership’ dengan pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bagi penganjuran latihan dan kursus secara berterusan (on-going);

     

    Memberi peruntukan sebanyak  RM5,000.00  setahun  bagi melaksanakan program Pasukan Keselamatan Kejiranan atau Polis Komuniti di semua kampung Tradisi, Kampung Baru/Bagan/Tersusun dan Komuniti India; dan

     

    Melaksanakan Skim Rondaan Keselamatan Dan Kejiranan Pangsapuri Negeri Selangor (SEROJA) melalui penyelarasan Lembaga Perumahan Dan Hartanah Negeri Selangor (LPHS) kepada komuniti di pangsapuri- pangsapuri terpilih sebagai Selain itu, PBT telah menyediakan bantuan peralatan rondaan seperti rotan, wisel dan lampu suluh.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.