Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
148) MASALAH PENINGKATAN PESAKIT DENGGI DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah kaedah baru yang digunakan oleh Kerajaan dalam mengawal penyakit denggi ?
Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Kesihatan menangani masalah denggi di Negeri selangor melalui pendekatan aktiviti kesedaran dan pendidikan. Pendidikan kesihatan kepada pelajar-pelajar sekolah iaitu di peringkat Pra Sekolah, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Sekolah Kebangsaan Cina dan India, Sekolah Rendah Agama Rakyat dan Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta telah
Kerajaan Negeri Selangor percaya dengan usaha mendidik pelajar-pelajar sekolah ini dapat mengubah sikap dan pemikiran masyarakat dalam jangka masa panjang agar sentiasa mementingkan kebersihan dan memastikan kawasan persekitaran mereka bebas dari tempat pembiakan nyamuk aedes seterusnya dapat mengurangkan kes denggi di Negeri Selangor.
-
Berapa jumlah perbelanjaan untuk mencegah denggi mengikut setiap PBT ?
Jumlah perbelanjaan bagi setiap PBT sehingga 11 November 2014 di dalam usaha menangani denggi adalah seperti berikut:-
PBT KOS PERBELANJAAN (RM) MBSA 1,807,570.00 MBPJ 800,000.00 MPK 100,000.00 MPS 534,000.00 MPSJ 1,407,902.00 MPKJ 110,000.00 MPSP 113,200.00 MPAJ 1,000.000.00 MDKS 17,000.00 MDKL 242,000.00 MDHS 75,000.00 MDSB 45,000.00 JUMLAH 5,266,672.00 -
Berapa jumlah perbelanjaan untuk mencegah denggi mengikut setiap PBT ?
Jumlah kematian mengikut daerah sehingga 15 November 2014 adalah seperti berikut:
DAERAH KUMULATIF KEMATIAN Gombak 14 Hulu Langat 16 Hulu Selangor 2 Klang 13 Kuala Langat 0 Kuala Selangor 2 Petaling 19 Sabak Bernam 0 Sepang 0 JUMLAH 66