Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

144) KEBAJIKAN KAKITANGAN KERAJAAN SELANGOR

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah imam dan kakitangan masjid-masjid di negeri Selangor dilantik? Siapakah yang melantik mereka?

    Bagi Masjid Negeri, Diraja dan Daerah, imam dan kakitangan masjid dilantik oleh Kerajaan Negeri mengikut tatacara dan skim perkhidmatan yang berkuatkuasa ketika Manakala masjid kariah, pemilihan imam adalah dipilih melalui Mesyuarat Agung Khas Pencalonan Pegawai dan Jawatankuasa Masjid oleh anak-anak kariah. Nama-nama yang dicalonkan akan diangkat ke mesyuarat jawatankuasa kariah MAIS untuk disahkan.

  2. Adakah perbezaan status ganjaran seperti gaji, bonus dan ganjaran-ganjaran lain di antara mereka yang dilantik oleh MAIS dan JAIS? Jika ada perbezaan, adakah usaha menyelaraskan sistem, kaedah dan pemberian ganjaran untuk kakitangan di kedua-dua institusi tersebut?

    Tiada perbezaan seperti yang disebutkan kerana semua lantikan dilaksanakan oleh JAIS mengikut tatacara dan skim perkhidmatan yang berkuatkuasa ketika ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.