Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

139) ROYAL RAINMAKER PROJECT

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Mohon nyatakan berkenaan 'Royal Rainmaker Project":

    Pihak LUAS telah mengambil inisiatif menjemput pakar operasi pembenihan awan daripada Jabatan Penerbangan dan Penghasilan Hujan dan Pertanian Di Raja, Thailand (Royal Rainmaking and Agricultural Aviation Department) pada 2 hingga

    6 Mei 2014. Kehadiran pakar daripada Thailand ini adalah bagi mendapatkan pandangan teknikal dan cadangan kaedah penambahbaikan yang boleh dibuat bagi meningkatkan keberkesanan operasi pembenihan awan yang telah dijalankan di kawasan tadahan empangan di Negeri Selangor. Pakar daripada Thailand tersebut juga telah turut serta dalam operasi pembenihan awan bersama LUAS dan Jabatan Metorologi Malaysia semasa tempoh lawatan. Kos yang dikeluarkan bagi mendapatkan pandangan teknikal dan kepakaran daripada Thailand adalah hanya melibatkan tiket penerbangan pergi-balik dari Thailand ke Kuala Lumpur, kos penginapan hotel dan juga elaun perjalanan serta perundingan. Jumlah kos yang terlibat ialah RM11,514.80.

  2. Berapakah kos terlibat.

    Kaedah yang digunakan oleh Negara Thailand adalah berbeza berbanding Malaysia. Kewujudan cold cloud di Negara Thailand dan warm cloud di Malaysia. Di Malaysia, kaedah operasi pembenihan awan yang dijalankan menggunakan ‘hygroscopic flare’ dan juga larutan garam (sodium klorida). Bahan-bahan tersebut akan menghasilkan partikel untuk bertindakbalas apabila wujudnya awan kumulus menara yang seterusnya menghasilkan hujan. Cadangan kepelbagaian kaedah dengan menggunakan bahan-bahan yang berbeza tertakluk kepada prestasi pesawat dan kelengkapan peralatan akan berupaya meningkatkan keberkesanan operasi pembenihan awan. Penggunaan ais kering (dry ice) telah cuba dilaksanakan dalam beberapa operasi pada bulan Jun, walau bagaimanapun

     

    keberkesanannya tertakluk kepada kesesuaian cuaca, kesesuaian peralatan yang digunakan dan jumlah bahan yang digunakan.

     

  3. Peratusan keberkesanannya.

Lampiran

Tiada Lampiran.