Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

138) BANK TANAH ANAK SYARIKAT NEGERI

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan lokasi dan keluasan bank tanah yang dimiliki oleh anak-anak syarikat negeri yang belum diusahakan?

    Lokasi dan keluasan tanah yang dimiliki oleh anak-anak syarikat Kerajaan Negeri yang belum diusahakan dikemukakan seperti di Lampiran

  2. Apakah perancangan anak-anak syarikat negeri terhadap tanah-tanah tersebut?

    Anak-anak syarikat Kerajaan Negeri telah merancang untuk membangunkan tanah-tanah yang belum diusahakan. Walau bagaimanapun, terdapat juga tanah-tanah yang tidak diusahakan ini ditawarkan penjualan kepada syarikat- syarikat yang berminat dengan memberi tumpuan untuk pembinaan Rumah Mampu Milik Selangorku. Di samping itu, ada juga perancangan untuk menyewakan tanah tersebut kepada individu atau syarikat yang berminat dan berpengalaman dalam mengusahakan tanah. Walau bagaimanapun, perancangan tersebut adalah tertakluk kepada pertimbangan dan kelulusan pihak Lembaga Pengarah serta Pihak Berkuasa Negeri (PBN).

  3. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengambil semula tanah-tanah yang gagal dibangunkan?

    Kerajaan Negeri dari masa kesemasa akan mengadakan perbincangan dengan anak-anak syarikat mengenai status tanah-tanah yang telah diberi milik dan tidak diusahakan. Sekiranya terdapat tanah-tanah tersebut yang gagal dibangunkan, Kerajaan Negeri akan membuat tawaran penjualan atau penyewaan tanah-tanah berkenaan kepada pihak syarikat atau individu yang berminat.

    LAMPIRAN A

     

    LOKASI DAN KELUASAN TANAH YANG DIMILIKI OLEH ANAK-ANAK SYARIKAT NEGERI YANG BELUM DIUSAHAKAN

     

    Bil Anak Syarikat Daerah Lokasi Keluasan (ekar)
    1. MBI Gombak Sungai Serai, Bandar Kundang 155.03
    Pekan Pengkalan Kundang 178.75
    Plot C, Rawang 151.80
    Plot B1 & B2, Bukit Lagong 20.652
    Hulu Langat Kampung Kachau, Ulu Semenyih 111.54
    Petaling Seksyen U10, Bukit Cherakah, Bukit Raja 43.780
    2. PKPS Hulu Langat PT    11122,    HS(D)133479,    Mukim    Ulu

    Langat

    27.761
    PT 11350, HS(D) 136066, Mukim Ulu

    Langat

    17.74
    Hulu Selangor PT 136, HS(D) 40782, Mukim Bunga Telor 46.54
    PT 16743, Mukim Batang Kali 17.13
    3. PKNS Petaling Shah Alam Kelana Jaya

    Petaling Jaya Selatan Kota Damansara

    40.59
    Klang Pulai Indah

    Kg. Sri Kenangan

    387.47
    Gombak Kota Puteri Sungai Bakau 714.03
    Hulu Selangor Antara Gapi Bernam Jaya 6,707.93
    Kuala Selangor Bandar Kuala Selangor 5.73
    Sabak Bernam Sungai Lang Pancang Bedana 85.00
    Hulu Langat Broga

    Bandar Mahkota Sungai Batangsi Sungai Jelok

    1,007.96

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

    Bil Anak Syarikat Daerah Lokasi Keluasan (ekar)
    4. Yayasan Selangor Gombak Kuang, Pekan Pengkalan Kundang 8.3625
    Kem      Temasya      Rimba      Templer, Rawang 27.0
    Klang Seksyen 21 16.59
    Sebelah TESCO Bukit Tinggi 1.00
    Petaling PT 7, Shah Alam 1.145
    Kuala Langat PT 647, Pulau Carey, Jugra 1,127.00
    PT 357, Pulau Carey, Jugra 17.00
    PT 358, Pulau Carey, Jugra 45.00
    PT 359, Pulau Carey, Jugra 568.00
    PT 88, Pulau Carey, Jugra 91.00
    PT 552, Pulau Carey, Jugra 1,296.00
    PT 679, Pulau Carey, Jugra 10.45
    Hulu Selangor Hulu Bernam 217.00
    Bandar Kuala Kubu Bharu, Ampang Pecah 13.5
    The Woods Resort, Ulu Yam, Hulu

    Yam

    13.797
    Serendah 316.00
    PT 100, Kuala Kubu Bharu, Bandar Kuala Kubu 3.00
    PT 104, Kuala Kubu Bharu, Bandar Kuala Kubu 5.00
    PT 104, Kuala Kubu Bharu, Bandar Kuala Kubu 27.00
    Sepang Asrama      Bestari      Ampar                    Tenang, Dengkil 15.00

     

Lampiran

Tiada Lampiran.