Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

120) MASALAH BANJIR KILAT

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan apakah punca utama yang menyebabkan banjir kilat sering berlaku di Taman Indah Sekinchan ?

    Punca yang menyebabkan berlaku banjir kilat di Taman Seri Indah Sekinchan adalah berdasarkan factor muka bumi( aras tanah yang rendah) dan faktor kurang saliran laluan air daripada taman (autlet terhad dan tidak dapat menampung jumlah aliran sir semasa hujan lebat)

  2. Apakah tindakan susulan yang akan dilakukan oleh MDSB bagi menyelesaikan masalah tersebut ?

    Cadangan untuk mengatasi masalah adalah dengan melaksanakan kerja-kerja baik pulih longkang. Selain daripada itu dicadangkan outlet tambahan dibuat sebagai tempat saliran air keluar. Disamping itu peranan JPS diperlukan untuk membantu mengatasi masalah banjir

  3. Sila huraikan apakah perancangan jangka pendek dan jangka panjang bagi mengatasi masalah tersebut ?

    Perancangan jangka pendek adalah dengan membaiki system saliran dan menaikkan level longkang di taman, manakala perancangan jangka panjang adalah dengan mengemaskini system laluan air keluar (outlet) dengan meminta pandangan dari JPS

Lampiran

Tiada Lampiran.