Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

110) BANJIR KILAT DI KAWASAN DUN KINRARA PUCHONG

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan jangka pendek dan jangka panjang kerajaan negeri dalam menaiktarafkan sistem perparitan di sekitar Kampung Kuala Sungai Baru, Kampung Tengah dan Kampung Kenangan bagi mengelakkan berlakunya banjir kilat ?

    Perancangan dan tindakan adalah seperti berikut :

     

    Rancangan jangka masa pendek

    Pihak Majlis sedang di dalam peringkat penyediaan dokumen untuk melantik juruperunding kajian menyeluruh berkaitan sistem perparitan di sekitar Kampung Kuala Sungai Baru, Kampung Tengah dan Kampung Kenangan dan juga melaksanakan kerja-kerja pembersihan longkang secara berkala.

     

    Rancangan jangka masa panjang

    Pihak majlis akan melaksanakan kerja menaiktaraf sistem perparitan berdasarkan kajian yang akan dilaksanakan oleh pihak perunding.

     

  2. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan negeri menerusi PBT dalam mencegah banjir kilat di kawasan sekitar IOI Mall?

    Susulan kejadian banjir kilat 18 Februari 2013 beberapa tindakan segera telah diambil seperti berikut :

     

    • Pembersihan kelodak di sepanjang longkang utama di hadapan IOI Mall oleh MPSJ.
    • Pembersihan kelodak di Triple Cell RC box culvert (2.7m X 2.15m) merentasi LDP oleh Pihak LITRAK
    • Penyiapan longkang utama di kawasan pemajuan LRT oleh pihak

     

    Hasil pemerhatian secara berkala mendapati penyiapan kerja-kerja pembinaan longkang utama di kawasan pemajuan LRT telah berjaya mengatasi berlakunya ulangan kejadian banjir kilat berdasarkan kepada beberapa siri kejadian hujan lebat yang terakhir.

     

  3. Apakah punca utama banjir di Taman Bukit Kuchai, Taman Kinrara Seksyen 2 dan Taman Pak Siong yang telah berlarutan selama 20 tahun serta tindakan kerajaan negeri dalam menangani masalah tersebut?

    Antara punca utama banjir adalah seperti berikut :

     

    • Peningkatan kadar hujan secara
    • Terdapat kelodak di sepanjang longkang utama sehingga ke pembetung di bawah Lebuhraya
    • Sistem perparitan yang telah usang di sebahagian kawasan perumahan dan

     

    Cadangan tindakan yang diambil adalah seperti berikut :

     

    Rancangan jangka masa pendek

     

    1. Penyelenggaraan berterusan bagi membersih kelodak disepanjang longkang utama.
    2. Pembersihan secara berkala kawasan perumahan dan
    • Menaiktaraf sistem perparitan yang tidak sempurna dan usang
    1. Penyelarasan bersama pihak KESAS bagi penyelenggaraan longkang dan pembetung.

     

    Rancangan jangka masa panjang

     

    Melaksanakan kajian menyeluruh serta rekabentuk bagi menaiktaraf sistem perparitan terutama di kawasan lama dan bermasalah.

Lampiran

Tiada Lampiran.