Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
109) MASALAH RUMAH MENDAP DI JALAN 101 JALAN PLUMBUM SEKSYEN 7 SHAH ALAM
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah tindakan PKNS bagi membantu penduduk untuk memperbaiki rumah mereka yang mendap ?.
- TAWARAN PKNS KEPADA PENDUDUK
PKNS membeli semula rumah dengan harga penilaian semasa seperti tawaran PKNS kepada Penduduk pada 24 Jun 2013. Tawaran adalah bermula dari RM405,000.00 sehingga RM900,000.00. Selain itu, penduduk ditawarkan diskaun 10% bagi rumah baru PKNS sekiranya berminat untuk
ATAU
PKNS membaikpulih bangunan dengan kaedah perunding Dato’ Ir. Dr. Gue See Sew (termasuk mengecat semula keseluruhan rumah) dengan menawarkan pemindahan sementara dengan kos sewaan bulanan rumah sewa berjumlah RM2,000 (intermediate lot) hingga RM2,500 (corner lot) serta kos pengangkutan pemindahan ditanggung oleh PKNS. Tawaran ini adalah termasuk :-
- PKNS akan menyenaraikan agen-agen hartanah di sekitar Lembah Klang sebagai rujukan pihak penduduk dalam mencari rumah yang bersesuaian.
- Perabot/barang-barang/’fitting’ yang ditinggalkan di dalam rumah yang mengalami kerosakan semasa kerja-kerja dilaksanakan akan dibaikpulih/diganti oleh
- Semua keretakan/kerosakan dalam rumah yang disebabkan oleh mendapan tanah atau yang berkaitan dengan kerja-kerja baikpulih akan ditanggung oleh
- Kerosakan pada bangunan tambahan/ubahsuai akan dibaikpulih oleh PKNS dan kos akan ditanggung oleh
STATUS RUNDINGAN BERSAMA PENDUDUK
- Penduduk yang bersetuju untuk menjual – 5 unit
- Penduduk yang telah berpindah sementara – 11 unit
- Penduduk yang mengambil tindakan mahkamah – 21 unit
- Penduduk yang tidak memberi maklumbalas – 22 unit
(Rujuk Lampiran A1)
-
Berapa peruntukan yang telah disediakan ?
Anggaran awal bagi kerja-kerja baikpulih termasuk semua perbelanjaan berkaitan adalah berjumlah RM10 juta. Peruntukan keseluruhan akan dimuktamadkan selepas kaedah baikpulih yang terperinci diperolehi daripada pihak perunding termasuk keseluruhan 48 pemilik yang terlibat memilih tawaran PKNS.
-
Bila masalah ini akan selesai ?
Kerja-kerja kajian punca mendapan telah/sedang dijalankan. Kerja-kerja baikpulih akan dimulakan secara berperingkat mulai 2015 (bermula dengan rumah-rumah yang telah dikosongkan) dan dijangka akan tamat pada pertengahan tahun
STATUS TINDAKAN BAIKPULIH
- Tindakan lanjut PKNS adalah menggunapakai cadangan oleh Dato’ Ir. Gue See Sew daripada G&P Professional Sdn. Bhd. sejajar dengan arahan dan keputusan Mesyuarat EXCO-MTES bertarikh 17 Julai
- Tempoh perlaksanaan kerja-kerja baikpulih adalah lebih singkat iaitu 18 bulan berbanding meroboh dan membina semula iaitu 36 bulan. Walau bagaimanapun, kedua-kedua kaedah ini memerlukan keseluruhan 48 unit ini
- Bagi memastikan kaedah baikpulih dilaksanakan secara terperinci dan muktamad, beberapa ujian pemantauan perlu dilaksanakan. PKNS telahpun melaksanakan proses sebutharga bagi kerja-kerja di bawah :-
- Engineering Survey – akan dimulakan pada 8 Oktober 2014 dengan tempoh 3
- Dilapidation Survey – telah melalui proses perolehan dan dijangka akan memulakan kerja pada 3 Disember 2014 dengan tempoh 7 minggu.
- Soil Investigation & Monitoring – telah melalui proses perolehan dan dijangka akan memulakan kerja pada 3 Disember 2014 dan tempoh pemantauan adalah 6 bulan (termasuk kerja-kerja pemantauan mendapan tanah).