Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

105) PUNCA KEJADIAN KEBAKARAN UPTOWN SEKSYEN 24 SHAH ALAM

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah punca-punca kebakaran di Uptown Seksyen 24 pada 15 Oktober 2014 yang lalu?

    Berdasarkan kepada maklumat yang diberikan oleh pegawai Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik, kebakaran berlaku pada jam lebih kurang 2.30 pagi yang berpunca dari litar pintas Kebakaran ini bermula di lot bahagian belakang lot FB20 dan telah merebak dengan pantas ke seluruhan bahagian bangunan Blok B. Seramai 154 peniaga terlibat dengan 187 unit gerai telah musnah terbakar semasa kejadian

  2. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mencegah berulangnya kejadian yang serupa?

    Keputusan Mesyuarat MTES yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor pada 6 November 2014 lalu diputuskan beberapa langkah pelan pembangunan Uptown seperti berikut :

     

    • Pengurusan Uptown akan diserahkan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk membina semula bangunan Uptown yang terbakar

     

    • Pihak UPEN akan merobohkan 8 lot/gerai di blok A yang menghalang pili bomba seperti yang diminta oleh pihak Bomba

     

    • Tiada lagi sambungan dan struktur binaan yang didirikan di Uptown tanpa mendapat kebenaran daripada pihak UPEN terlebih

     

    • Tapak sementara akan disediakan oleh Pihak PKNS sementara menunggu Bangunan baru siap dibina di tapak kepunyaan Persatuan Ibu Tunggal Shah

Lampiran

Tiada Lampiran.