Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
103) PENCEMARAN SUNGAI
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan negeri mengenal pasti pengusaha kegiatan industri yang menjalankan kegiatan berhampiran dengan sungai?
Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) adalah agensi yang dipertanggungjawabkan dalam penjagaan sumber air di Negeri Selangor. Setiap kes pencemaran adalah diberi perhatian dan tindakan segera supaya ianya tidak menjejaskan keperluan semua
Antara usaha yang dilaksanakan bagi mengenalpasti aktiviti berhampiran dengan sungai adalah menjalankan kajian semula inventori pemetaan pencemaran dengan penganalisaan risiko tahap pencemaran dan menetapkan syarat yang lebih ketat. Data-data diperoleh daripada jabatan-jabatan teknikal berkaitan seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS), pihak berkuasa tempatan dan lawatan tapak.
Terdapat juga beberapa aktiviti yang berada di bawah tanggungjawab dan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, antaranya kawalan pencemaran terhadap aktiviti perindustrian dan efluen loji rawatan kumbahan (Sewerage Treatment Plant, STP).
-
Adakah kerajaan negeri melakukan siasatan untuk mengenalpasti pengakhiran pembuangan sisa industri?
Terdapat dua (2) jenis sisa yang dihasilkan oleh industri iaitu sisa yang dikategorikan sebagai buangan terjadual di bawah bidangkuasa Jabatan Alam Sekitar dan sisa yang dikategorikan sebagai sampah sarap/sisa pepejal di bawah bidangkuasa Pihak Berkuasa Tempatan. Bagi buangan terjadual Jabatan Alam Sekitar sentiasa memantau pengurusan buangan tersebut bermula dari ianya dihasilkan oleh premis industri sehingga ianya dilupuskan di premis yang telah ditetapkan iaitu yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar sahaja. Manakala bagi sampah sarap/sisa pepejal pula pemantauan dilakukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan agensi-agensi berkenaan yang lain. (Maklumat daripada JAS Selangor).
Memastikan sumber air di Selangor sentiasa bersih dan selamat untuk digunakan adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri. Pemantauan dan siasatan berkala dijalankan bagi memastikan sumber air dipelihara daripada pelbagai aktivit yang memberikan kesan negatif kepada kuantiti dan kualitinya.
Dalam menangani isu pencemaran daripada pembuangan sisa industri, Jabatan Alam Sekitar mengawalselia perkara ini melalui penguatkuasaan Peraturan- peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009.
Dalam pada itu, isu pencemaran daripada aktiviti industri turut dikuatkuasakan melalui jawatankuasa-jawatankuasa yang telah ditubuhkan :
- Jawatankuasa Pengurusan Lembangan Sungai,
- Pasukan Petugas Lembangan Sungai, dan
- Jawatankuasa Kecemasan Pencemaran Sumber