Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

100) PERUNTUKAN BENCANA ALAM

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peruntukan untuk bencana alam yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri dan melalui agensi manakah peruntukan tersebut diturunkan?

    Peruntukan Bencana Alam Negeri Selangor diturunkan melalui Tabung Bencana Khas Negeri Selangor kepada Akaun Tabung Bencana Daerah dan dibuka atas nama Jawatan Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah dengan had syiling sebanyak RM50,000.00.

     

    Bagi Tabung Amanah Bencana Alam pula, baki akaun semasa adalah sebanyak RM 41,511,081.77. Penggunaan kumpulan wang ini tertakluk kepada seksyen 5, wang dalam Kumpulan Wang tidak boleh digunakan bagi apa-apa maksud kecuali bagi maksud yang diperuntukkan oleh Enakmen Tabung Amanah Bencana Alam 2011.

     

    Berikut disertakan maklumat nilai aset bersih tabung ini sehingga 19 November 2014 :

     

    BUTIRAN AMAUN (RM)
    Tunai di bank 20,815.73
    Simpanan tetap 4332,332.79
    Faedah deposit dan simpanan tetap terakru 12,933.25
    Pelaburan saham amanah 13,145,000.00
    Pelaburan mandate pengurusan ekuiti 24,000,000.00
    Jumlah keseluruhan 41,511,081.77

     

    Nota :

    1. Tiada sebarang liabiliti direkodkan pada tarikh
    2. Asas perakaunan menggunakan asas tunai ubahsuai dimana pendapatan dan perbelanjaan direkodkan menggunakan konsep akruan. Walau bagaimanapun, pelaburan direkodkan pada nilai

     

    Sumber : Perbendaharaan Negeri Selangor

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.