Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
97) KOMPLEKS PKNS SHAH ALAM
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah penyewa di kompleks PKNS Shah Alam dan pecahan penyewa mengikut komposisi kaum
Setakat 12hb November 2014 jumlah penyewa di Kompleks PKNS Shah Alam ialah sebanyak 484 dan pecahan penyewa mengikut komposisi kaum adalah seperti berikut :-
Lot Perniagaan Lot Pejabat Jumlah Jumlah Unit % Unit % Unit % Bumiputera 269 80 141 94 410 85 Bukan Bumiputera 65
20
9
6
74
15
JUMLAH
334
100
150
100
484
100
-
Berapakah jumlah penyewa di kompleks PKNS Shah Alam dan pecahan penyewa mengikut komposisi kaum
Kenaikan kadar sewa terhadap lot-lot kedai berkuatkuasa dari JUN 2014 setelah PKNS Real Estate Sdn. Bhd. mengambil alih Kompleks PKNS Shah Alam daripada Perbadanan Kemajuan Negeri
Kadar kenaikan sewa minimum adalah sebanyak 30% daripada harga sewa asal dan kenaikan adalah berdasarkan justifikasi seperti berikut :-
- Kos Pentadbiran & Penyelenggaraan
- Inisiatif Pembangunan Keusahawan
- Kerja-kerja menaiktaraf bagi keselesaan penyewa dan
Untuk makluman kadar kenaikan sewa adalah tidak termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan Malaysia.
Walau bagaimanapun terdapat kenaikan sewa yang telah berlaku mengikut tarikh tamat perjanjian sewaan yang telah dipersetujui antara kedua-dua pihak
-
Berapa ramaikah penyewa-penyewa yang telah ditamatkan kontrak penyewaan dari tahun 2008 hingga 2014
Mengikut rekod, penyewa-penyewa yang telah ditamatkan kontrak penyewaan dari tahun 2008 hingga kini adalah sebanyak 17 Syarikat. Penamatan kontrak adalah disebabkan oleh :-
- kes mahkamah
- penyewa yang tidak berminat meneruskan perniagaan
- i) Penyewa yang berpindah ke premis baru